UTUSAN ONLINE
JOHOR BAHRU - Johor mencatatkan dua lagi kes baru disyaki wabak selesema babi atau jangkitan virus Influenza A (H1N1), kata Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Khairi Yakub.
Beliau berkata, sehingga pukul 2 petang ini, Bilik Operasi Krisis dan Kesiapsiagaan Jabatan Kesihatan Negeri menerima dua pesakit baru yang disyaki dijangkiti virus tersebut.
Katanya, kedua-dua mereka telah dimasukkan ke wad pengasingan Hospital Sultanah Aminah (HSA) semalam untuk mendapatkan rawatan lanjut.
No comments:
Post a Comment