Tuesday, June 2, 2009

2 kes baru H1N1 di Singapura

BERNAMA


SINGAPURA: Singapura mengesan dua lagi kes yang disahkan Influenza A (H1N1), yang merupakan mangsa keenam dan ketujuh di negara itu sehingga kini.

Kementerian Kesihatan malam tadi berkata, kes keenam melibatkan seorang lelaki warga Singapura berusia 36 tahun dan yang ketujuh seorang pelancong lelaki warga Australia berusia 30 tahun, di mana keduadua mereka baru sahaja pulang dari luar negara.

Warga Singapura itu yang pulang ke negara pulau itu Jumaat lepas berada di Manila atas urusan perniagaan dari 18 hingga 29 Mei dan menaiki pesawat Singapore Airlines SQ917 dari ibu negara Filipina itu.

Warga Australia itu pula berada di Chicago, Detroit dan New York pada 14 hingga 30 Mei, dan mendapat simptom selesema Selasa lepas ketika berada di New York.

Warga Australia itu tiba di Singapura dari New York melalui Frankfurt menerusi penerbangan Singapore Airlines SQ25 pagi ini.

Kementerian itu berkata, kedua-dua mereka mengalami simptom sederhana dan berada dalam keadaan stabil.

No comments: