SUARA KEADILAN
KUAL LUMPUR : Bank Negara Malaysia digesa untuk menyiasat menyiasat urus niaga penjualan apartmen di Mekkah bagi memastikan urus niaga tidak melanggar peraturan Akta Pengubahan Wang Haram.
Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim berkata bahawa urus niaga yang melibatakan Pemodalan Selangor Sendirian Bhd (PNSB) yang menjual balik apartmen tersebut kepada seorang individu pada 2007 lalu.
Masalah bermula apabila PNSB menggunakan peruntukan RM25 juta untuk membeli apartmen itu sedangkan Ahli Lembaga Pengarah hanya meluluskan RM8 juta.
PNSB sebelum ini mendapatkan nasihat Bank Negara Malaysia terhadap jual beli hartanah di Makkah yang diluluskan oleh bekas Menteri Besar Dr Khir Toyo, yang mungkin menyalahi Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Akta Kawalan Pertukaran.
Pihaknya masih belum menerima maklum balas daripada Bank Negara maka belum ada sebarang bukti untuk mengaitkan urus niaga itu dengan aktiviti jenayah.
“Harta tersebut kemudian dijual kepada seorang individu dan timbul keraguan sama ada urus niaga itu melanggar syarat,” jelas Khalid.
“Kerajaan Negeri telah menulis surat kepada Bank Negara untuk menyiasat urus niaga ini,”katanya lagi.
No comments:
Post a Comment