Daripada ZAID MOHD. NOOR
NARATHIWAT (Selatan Thailand) - Pengguna di Malaysia dinasihatkan tidak membeli buah limau madu dari negara ini kerana ia dikesan mengandungi racun serangga Ethion yang berlebihan dan boleh mengancam kesihatan sehingga membawa maut.
Ketua Penolong Pengarah (Kesihatan Antarabangsa), Pejabat Kesihatan Pintu Masuk Rantau Panjang, Dr. Mahyin Abd. Hakim berkata, racun serangga tersebut dipercayai digunakan tanpa kawalan oleh petani di negara ini bagi mengelakkan buah limau madu itu rosak akibat serangan serangga.
Menurutnya, keadaan tersebut menyebabkan racun serangga itu meresap ke dalam buah limau madu itu sebelum dipetik dan dipasarkan.
"Buah limau madu dari negara ini mula dikesan mengandungi racun serangga Ethion pada tahun lalu hasil kajian yang dilakukan ke atas sebahagian buah tersebut yang dieksport ke Malaysia," katanya.
No comments:
Post a Comment