Wednesday, March 18, 2009

Anwar: Keputusan Lembaga Disiplin Umno timbul prasangka

Oleh ZANARIAH ABD. MUTALIB


KUALA LUMPUR: Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tindakan lembaga disiplin Umno yang mengenakan tindakan terhadap ahli-ahli parti yang didapati bersalah berhubung politik wang pada saat-saat akhir sebelum pemilihan parti akan menimbulkan prasangka di kalangan rakyat.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata jika Umno mahu mengambil tindakan yang telus, siasatan berhubung politik wang seharusnya dijalankan sebelum proses pemilihan peringkat bahagian dan bukannya menjelang pemilihan parti yang hanya akan berlangsung minggu depan.

"Sekarang bila dilakukan begitu (tindakan disiplin) tafsiran dan persepsi itu tidak nampak motif untuk membersihkan kotoran daripada politik wang, jadi motif itu mungkin dipertikai," katanya di Parlimen hari ini.

No comments: