Saturday, February 21, 2009

PAS Setia Dengan Janji Bersama Pakatan Politik

Wartawan Buletin


Kemaman – PAS tidak pernah mungkir atau mengkhianati mana-mana pakatan politik yang melibatkan parti itu dengan parti-parti politik lain di Malaysia.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idiris Ahmad berucap demikian dalam ceramahnya berkaitan isu negeri Perak, di Kampung. Dusun Nyior, Chukai disini kelmarin.

Menurutnya, selepas pilihanraya umum ke 12 tahun lalu, ada pemimpin UMNO dan beberapa pihak yang cuba mengujudkan kerajaan campuran antara PAS dan UMNO di ngeri Perak.

Katanya tujuan pihak berkenaan adalah sebenarnya untuk memisahkan PAS dari Pakatan Rakyat.

“PAS tetap berpegang dengan prinsip, sebagai mana sabda nabi yang bermaksud, orang Islam ini kita pegang dengan janji,

“Hatta dengan orang bukan Islam sekali pun, apabila kita berjanji, kita (PAS) tidak pernah mungkir janji,”katanya mengulas ikatan PAS dengan Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang menubuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Perak

Beliau berkata PAS pernah berkawan Parti Melayu Semanngat 46 (S46) selama tujuh tahun dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU).

Katanya PAS tidak lari dari perjuangan, tetapi S46 lari meninggalkan APU dan masuk UMNO

“Kita (PAS) tak lari, kita tak belot, yang larinya S46, masuk UMNO, bukan setakat itu, dengan nombor-nombornya sekali hilang, lenyap,

“Termasuklah wakil rakyat Kemaman, Shabbery Chik, dulu diantara orang yang (banyak)
lama bersama-sama dengan PAS, apa yang dia tak pernah kata kepada UMNO, sekarang dia jilat balik apa yang dia kata,”tegas Ustaz Idris.

Menurutnya lagi, pada tahun 1999, PAS bersama-sama DAP dan Parti Keadilan bersama-sama dalam Barisan Alternatif.

Kemudian, katanya, DAP meninggalkan Barisan Alternatif kerana beranggapan kerana berkawan dengan PAS menyebabkan mereka kalah teruk dalam pilihanraya kali ke 10 itu.

Manakala katanya, pada tahun 2008, DAP kembali bersama-sama dalam Barisan Alternatif dan menang dalam pilihanraya lalu membentuk kerajaan campuran negeri Perak yang dipanggil kerajaan Pakatan Rakyat, kemudiannya

No comments: