Wednesday, February 4, 2009

Lebih 700 solat Hajat 'Selamatkan Kerajaan Perak'

Azamin Amin


MASJID TELEKOM TAIPING - Ini bukan surau atau markas PAS. Jauh sekali melibatkan ceramah pimpinan parti Pakatan Rakyat.Kehadiran ini adalah angka luar biasa bagi suatu kuliah yang dijalankan selepas solat Maghrib bagi sesetengah masjid di tempat lain.

Ironinya, selepas kuliah agama yang disampaikan oleh pendakwah bebas yang juga bekas pegawai tentera laut Halim Nasir, 45 daripada Sungai Petani,semalam lebih 700 orang tidak terus pulang tetapi taat menunaikan solat hajat bagi menyelamatkan Kerajaan Pakatan Rakyat Ngeri Perak daripada diganggu gugat kestabilan politiknya dan diteruskan kepimpinan oleh Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin.

Difahamkan solat hajat bukan sahaja dilakukan di masjid ini semata malah hampir di seluruh masjid dan surau di sekitar Taiping, Changkat Jering dan Bukit Gantang malah program ini telah lama dilakasanakan dan ianya dianjurkan bukan rentetan insiden dua Adun yang dilihat cuba menggoyahkan kerajaan Pakatan tetapi secara rutin demi memastikan kedudukan Kerajaan Ngeri ini sentiasa berada dikedudukan yang kukuh.

Lebih menarik, masjid ini bukan 'milik' atau dimonopoli oleh PAS tetapi di dalam kawasan Kolej Telekom kira-kira dua kilometer daripada Bandar Taiping, berhampiran Penjara dan Taman Tasik yang dikendalikan sendiri oleh kakitanga dan warga kerja Telekom.

"Kesibukan dan imarahnya masjid ini dengan aktiviti kuliah agama sudah bermula lebih awal dan bukan sejak Nizar menjadi Menteri Besar.

"Dan kuliah agama yang disertakan kritikan pedas terhadap kelemahan kepimpinan kerajaan menjadikan antara masjid yang paling suka dan popular untuk dikunjungi oleh penduduk Taiping terutama yang mahu mengetahui ulasan isu-siu semasa namun ianya bukan pentas politik," kata Muhammad Amin seorang pesara pegawai kerajaan.

Kata beliau selain masjid ini, Masjid Melayu Taiping adalah masjid kedua paling ramai dikunjungi oleh pencinta-pencinta ilmu yang kebanyakannya terdiri daripada kakitangan, pegawai dan para pesara kerajaan.

Tinjauan mendapati sejurus selepas solat hajat, orang ramai berebut-rebut mendapatkan risalah jadual kuliah agama di seluruh masjid sekitar Taiping setiap bulan daripada seorang lelaki yang dikatakan mengambil inisiatif memeperincikan kuliah agam setiap bulan di samping mencetaknya dalam jumlah yang banyak dan mengedarkannya secara percuma kepada para jemaah masjid.

Antara pimpinan PAS yang turut dijemput menyampaikan kuliah agama di masjid-masjid biasa termasuk Telekom ini Timbalan Mursyidul Am PAS Dato' Dr Haron Din, Dato' Ismail Kamus dan beberapa ahli parlimen PAS yang lain.

Selain solat hajat "Selamatkan Kerajaan Perak', ianya juga dilakukan demi membebaskan rakyat Palestin khususnya di Gaza dan diimamkan oleh Ustaz Saufi yang merupakan kakitangan kolej Telekom tersebut. - azm_

No comments: