Friday, February 20, 2009

Karpal terima ugutan peluru

MALAYSIA KINI


Pengerusi DAP, Karpal Singh membuat laporan polis hari ini selepas menerima sepucuk surat ugutan yang megandungi dua butir peluru.

Menurutnya, surat itu dikirimkan dari Ipoh dan diterimanya semalam.

Karpal membuat laporan tersebut di ibupejabat polis Pulau Pinang.

Menurut Karpal surat tersebut dihantar ke rumahnya di Pulau Pinang.

Antara lain, surat itu memberi amaran kepada ahli Parlimen Bukit Gelugor itu supaya jangan mencabar orang Melayu dan Raja Melayu.

Sampul surat itu juga menggunakan setem wajah Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Pada 6 Februari lalu, Karpal berkata beliau mahu menyaman Sultan Perak berhubung pelantikan menteri besar baru Perak dari Barisan Nasional.

Bagaimanapun, sehingga ini, Karpal belum berbuat demikian.

Pemimpin BN dan penyokong mereka telah melaporkan 100 laporan polis terhadap Karpal berhubung isu tersebut..

No comments: