Berhari raya dalam banjir
Utusan Online
Hujan lebat tanpa henti di Kedah dan Pulau Pinang menyebabkan umat Islam di beberapa kawasan terpaksa menyambut Hari Raya Aidilfitri dalam keadaan banjir.
Di Yan, Kedah, kira-kira 220 penduduk di Kampung Titi Teras dan Kepala Bukit terpaksa menyambut Aidilfitri dalam suasana suram apabila 44 buah rumah dinaiki air setinggi semeter bermula pukul 2 pagi semalam.
Ahli Dewan Undangan Negeri Guar Cempedak, Datuk Dr. Ku Abdul Rahman Ku Ismail ketika meninjau mangsa banjir berharap pihak berwajib mengambil langkah segera menangani masalah tersebut.
Di Pulau Pinang, beberapa kawasan termasuk Balik Pulau, Teluk Bahang, Teluk Kumbar dan Bayan Baru serta Bukit Mertajam, Jalan Perak, Jalan P. Ramlee, Jalan Transfer, Jalan Hutton dan Jalan Patani turut dinaiki air. Di Jalan Tun Sardon pula mengalami tanah runtuh turut dinaiki air.
Di Nibong Tebal pula, 10 keluarga di Kampung Permatang Tok Suboh juga terpaksa menyambut Aidilfitri dalam banjir apabila rumah mereka dinaiki air ekoran hujan lebat hampir 12 jam sejak semalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan