MALAYSIAKINI
Umno akan menganjurkan perhimpunan besar 30,000 orang di Sabah bagi
menunjukkan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di
tengah-tengah persengketaannya dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Perhimpunan itu, kata anggota Parlimen Kalabakan Datuk Seri Ghapur Salleh (bawah), akan diadakan pada Ahad di Tawau, pantai timur Sabah.
“PM
datang ke Tawau dan dia akan bercakap kepada 20,000 hingga 30,000 orang
dalam perhimpunan setiakawan,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
“Acara itu akan dianjurkan oleh Umno,” kata ketua bahagian Umno Kalabakan.
Ghapur percaya orang ramai dan anggota parti pelbagai latar akan menyertai perhimpunan itu.
Najib dilaporkan akan mengadakan lawatan sehari di Sabah. Beliau
dijadual merasmikan projek perumahan di Kota Belud di sebelah pagi
sebelum bergerak di Tawau.
Pada 8 Mac, pertemuan setiakawan antara Najib dan ketua-ketua Umno
bahagian bagi menjawab tuduhan Mahathir, terutamanya dalam isu syarikat
pelaburan kontroversi kerajaan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Mahathir juga membangkitkan berhubung kes pembunuhan Altantuya
Shaariibuu dan memberi amaran BN tewas pilihan raya jika terus dipimpin
Najib.
Ketika-tiga sayap parti itu juga telah mengisytiharkan sokongan selepas pertemuan tertutup 13 April.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan