Khamis, 7 Mei 2015

Murid SK Seksyen 9 sah positif H1N1

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Jabatan Kesihatan Selangor mengesahkan seorang murid perempuan darjah dua Sekolah Kebangsaan (SK) Seksyen 9, di sini positif Influenza A (H1N1).
 
Pengarahnya, Dr S Balachandran, berkata setakat ini hanya seorang murid yang dikesan dijangkiti virus itu, manakala semua rakan sekelasnya tidak menunjukkan sebarang tanda mengalami simptom terbabit.
 
"Bagaimanapun, ibu bapa digesa menghantar anak mereka menjalani pemeriksaan kesihatan sekiranya menghidap simptom seperti demam selsema atau influenza.
 
"Kita juga menasihatkan ibu bapa di sekolah terbabit atau di seluruh negeri ini supaya tidak risau dengan perkembangan berkenaan.
 
Pihak kami sentiasa mengambil serius keselamatan semua pihak.
 
"Sebenarnya, jabatan kesihatan tidak lagi pantau H1N1 secara khusus lagi disebabkan cara dan tanda jangkitan serta risiko untuk mendapat jangkitan dan komplikasi akibat H1N1 adalah sama dengan penyakit influenza bermusim lain," katanya kepada pemberita disini.
 
Beliau diminta mengulas mengenai status laman Facebook SK Seksyen 9 yang meminta ibu bapa untuk segera membawa anak mereka ke klinik jika mengalami demam, selsema dan batuk, termasuk tidak membenarkan anak hadir ke sekolah berikutan terdapat kes jangkitan virus H1N1 di sekitar Shah Alam.
 
Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Selangor, Zainuren Mohd Nor, berkata meminta pengurusan SK Seksyen 9 memantau tahap kebersihan sekolah berkenaan, selepas seorang muridnya disahkan positif H1N1.
 
"Saya juga mengarahkan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kesihatan Selangor untuk memantau perkara ini.
 
Selain itu, kami juga masih menanti laporan siasatan oleh pihak jabatan kesihatan.
 
"Saya difahamkan murid yang dijangkiti ini baru sahaja pulang dari luar negara. Apapun, kita tunggu pengesahan serta laporan penuh daripada Jabatan Kesihatan Selangor," katanya.
 
 

Tiada ulasan: