Jumaat, 8 Mei 2015

LAPORAN KHAS: 55 projek terbengkalai dibaik pulih

Oleh: AFIX REDZUAN


SHAH ALAM: Kerajaan Negeri menyelesaikan 55 projek terbengkalai daripada ke
seluruhan 262 projek melibatkan 27,234 unit, antara Mac 2008 hingga 31 Januari lalu.

Penolong Pengarah (Unit Pemantauan Projek), Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), Mohd Faizal Abd Kadir berkata, projek yang diselesaikan itu ada berlesen dan tidak berlesen.

Beliau berkata, sebanyak 31 projek berlesen melibatkan 17,489 unit diikuti 24 projek tanpa lesen 9,745 unit.

Selangor-Rumah-Terbengkalai

Lima projek disiapkan pada 2014 melibatkan 3,596 unit daripada jumlah projek berlesen yang diselesaikan.

“Antara projek itu ialah Nusa Mewah Villa Kondominium, Bukit Pandan, Ampang dalam seliaan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

“Taman Kajang Villa, Hulu Langat dalam Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan Taman Kenanga, Dengkil, Sepang (MPSp).

“Dua projek lagi ialah pangsapuri Lengkungan Kampung Nelayan, Taman Sri Nelayan, Klang dalam Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan pangsapuri Bandar Baru Kundang, Rawang di Majlis Perbandaran Selayang (MPS),” katanya kepada Selangor Kini.

Sementara itu, Projek Angsana Hilir, Pangsapuri Blok D, Taman Sri Angsana, Ampang melibatkan 165 unit disiapkan, awal tahun ini.

Bagi projek tidak berlesen, tiga projek disiapkan pada 2014 manakala satu projek yang melibatkan 1,529 unit siap awal tahun ini.

PECAHAN 55 PROJEK TERBENGKALAI YANG DIBAIK PULIH
Kategori Jumlah projek Unit
Projek berlesen 31 17,489
Projek tanpa lesen 24 9,745

Tiada ulasan: