Khamis, 7 Mei 2015

Isu Jawatan Kosong Kerajaan 2015 : Bermula 22 April, Tiada Iklan dan Pengambilan Kakitangan Awam Baru Kecuali Jawatan Kritikal! Cuepacs Tak Puas Hati!

Isu Jawatan Kosong Kerajaan 2015 Bermula 22 April 2015, Tiada Iklan dan Pengambilan Kakitangan Awam Baru Kecuali Jawatan Kritikal! Cuepacs Tak Puas Hati! : Pada ketika Datuk Seri Najib Razak membentangkan Bajet 2015, bekas Pengerusi Bank Dunia dan IMF, CEO Petronas dan bekas Menteri Kewangan Malaysia Tengku Razaleigh Hamzah pernah mengkritik cara bagaimana pengurusan dana negara dilakukan apabila melihatkan belanja pengurusan sahaja lebih 80% berbanding 10 tahun dahulu, bajet pembangunan mampu mencecah 30% setiap kali bajet negara dibentangkan kepada rakyat Malaysia.

80% daripada jumlah Bajet 2015 Malaysia, RM60 bilion telah diperuntukkan kerajaan Malaysia untuk pembayaran gaji, elaun kakitangan awam di Malaysia.

jawatan kosong kerajaan 2015

BACA BERITA INI : Hutang Malaysia 100% KDNK Menjelang 2019. Sila Kurangkan Kakitangan Awam!!

Melihatkan sahaja jumlah kakitangan awam di Malaysia sejumlah 1.6 juta kakitangan awam bagi sebuah negara yang jumlah penduduknya hanya 30 juta sahaja, angka tersebut dilihat penganalisis sebagai terlalu besar sekaligus meletakkan Malaysia sebagai antara negara yang mempunyai kakitangan awam paling ramai di Malaysia.

Nah….dengan situasi kewangan dan keadaan ekonomi pada masa ini disamping tekanan yang cukup hebat daripada agensi penarafan kredit antarabangsa termasuklah Fitch Ratings, kerajaan tiada pilihan lain selain berjimat cermat dengan cara :

 

Isu Jawatan Kosong Kerajaan 2015 Kena Beku : Langkah Berjimat Cermat Kerajaan Malaysia

  • beku pengambilan jawatan kosong kerajaan 2015 yang baru dalam sektor awam
  • Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah pun tampil mengesahkan laporan berita terkini mengenai jawatan kosong kerajaan 2015 yang baru yang telah dibekukan itu berkuatkuasa April 2015.
Sekarang bukan sahaja graduan universiti yang sudah memasang hajat untuk cari jawatan kosong kerajaan 2015 pada ketika ini terkejut dan membantah langkah mengejut kerajaan Malaysia ini malah Cuepacs juga tidak senang duduk tindakan terbaru kerajaan Malaysia ini. Malah Cuepacs memberikan amaran yang mana rakyat Malaysia terutamanya yang mengidam kerja kerajaan akan tampil protes dan tarik balik sokongan mereka terhadap kerajaan Malaysia. Sampi begitu sekali?

P/S : Kepada Cuepacs, sudah elok-elok pencen 55 tahun, anda sendiri yang desak mahu lanjut pencen kepada 60 tahun. Anda sendiri yang tutup peluang graduan dan anak muda masuk kerja kerajaan, sekarang ini anda melenting pula? Nah….sekarang ini “senjata sudah makan tuan“? Jawatan ksoong kerajaan 2015 sudah dibekukan? Apa cadangan dan pilihan anda, Cuepacs?

P/S : Sertai undian Berita Semasa menganai isu jawatan kosong kerajaan 2015 kena beku ini dengan cara (KLIK SINI)


Tiada ulasan: