MALAYSIAKINI
Aktivis siswa Fahmi Zainol mempertikaikan kenapa peluang kedua diberikan
kepada pelajar yang terlibat kesalahan pornografi di luar negara
diberikan peluang kedua.
Sedangkan, kata pelajar Universiti Malaya (UM) yang digantung pengajian
dua semester itu, aktivis “membawa suara demokrasi digantung” .
“Pelajar simpan gambar porno kanak-kanak Diberi peluang kedua? Pelajar yang membawa suara demokrasi digantung?
“Keadaan ini menampakkan bahawa kerajaan 'pilih kasih' dalam mengadili
kesalahan pelajar,” katanya merujuk kepada pelajar tajaan Majlis Amanah
Rakyat (MARA) di United Kingdom Nur Fitri Azmeer Nordin.
Nur Fitri, 23, dijatuhi hukuman penjara lima tahun bersabit 13 kesalahan
memiliki lebih daripada 30,000 imej dan video lucah kanak-kanak oleh
Mahkamah Southwark Crown di London.
Dalam kenyataan hari ini Fahmi membangkitkan berhubung kesalahan yang
dianggap berat bagi pelajar memandangkan terdapat kesalahan berat diberi
hukuman ringan.
“Saya merasakan kerajaan hanya bertegas terhadap kesalahan yang mampu menggugat kuasa mereka.
“Keadaan ini menunjukkan bahawa kerajaan tidak matang dan masih bersifat kebudak-budakan,” katanya lagi.
UM pada 9 Disember lalu menggantung pengajian Fahmi, bekas presiden
persatuan pelajar, selama dua semester dan didenda RM600 kerana
menganjurkan perhimpunan melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim tanpa
kebenaran.
Selain beliau, seorang lagi pelajar Safwan Shamsudin digantung pengajian
satu semester manakala empat yang lain diberi amaran dan didenda RM150
setiap seorang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan