Selasa, 30 Mac 2010
APCO dan Najib di sebalik tirai perhubungan awam
Hari ini Selasa, 30 Mac 2010, ahli-ahli parlimen Barisan Nasional sedang bersedia untuk menyembelih Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung ulasannya terhadap APCO. Ahli-ahli parlimen ini mungkin berfikir mereka melakukan hal yang betul dengan mempertahankan Najib dan syarikat perundingnya yang hebat itu.
Dalam fikiran kebanyakan ahli parlimen BN, mempertahankan kerajaan sama dengan mempertahankan tanahair. Dengan logika songsang yang sama, orang yang mengkritik kerajaan semudahnya digelar pengkhianat Malaysia.
Saya dengan berlapang dada, mengajak kawan-kawan di sebelah sana untuk berfikir dengan lebih jauh lagi, melihat dengan lebih dalam lagi. Sebetulnya, ianya tidaklah terlalu sukar untuk mencari kaitan hubungan APCO dan Israel.
Namun sebelum saya pergi lebih jauh lagi, saya perlu menerangkan bahawa perbincangan ini tidak ada kena mengena dengan “persoalan tentang Yahudi.” Ada perbezaan yang cukup luas di antara menjadi Yahudi dan menganut ideologi Zionisme.
Rakyat Malaysia selalu berbangga dengan mengisytiharkan kebersamaan terhadap rakyat Palestin yang tertindas. Kita juga mengekalkan dasar luar negara yang bebas dan memiliki rekod panjang melatakkan komitmen pada prinsip dan perjuangan Gerakan Negara-negara Berkecuali.
Dalam konteks ini, apakah teramat sukar untuk memahami bagaimana Perdana Menteri membayar khidmat firma yang terkenal dengan hubungan gelapnya dengan gerakan Zionisme antarabangsa? Kenapa perlu kita percaya sebuah syarikat dengan agenda Zionis mengendalikan hubungan komunikasi strategi Malaysia?
Ia bukan hanya sekadar sebuah syarikat Yahudi
Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menimbulkan beberapa kritikan di parlimen berkenaan persamaan di antara slogan 1 Malaysia dan 1Israel. Beliau juga mencabar kerajaan untuk menjelaskan perbelanjaan berjumlah RM23 juta wang pembayar cukai kepada APCO.
Terdapat juga persoalan tentang kenapa Najib dan kerajaannya tidak melibatkan firma perhubungan awam tempatan bagi menjalankan kerja hubungan komunikasi tersebut?
Menurut kenyataan APCO sendiri, tanggungjawabnya meliputi ruang lingkup yang cukup lebar melangkaui komunikasi “tugas APCO termasuklah dokongan komunikasi terhadap usaha-usaha reformasi yang luas yang sedang diambil kerajaan Malaysia, terutamanya dalam bidang mencipta peluang pekerjaan, mempromosikan pendidikan serta memperkasa penyampaian khidmat kepada rakyat.”
Malahan, ianya cukup aneh bahawa penjelasan ini tidak datang dari Najib ataupun Pejabata Perdana Menteri.
Asas utama Pakatan Rakyat menimbulkan perkara ini bukanlah untuk meraih sokongan politik tetapi kerana keprihatinan yang jujur berhubung soal keselamatan negara.
APCO Worldwide berpusat di kota Washington DC dan memiliki 23 buah pejabata di seluruh dunia termasuklah di Tel Aviv, Israel. Menjadi pengetahuan umum orang-orang penting dan penasihat APCO berhubung kait dengan Zionis Israel, seperti Shimon Shein (bekas Duta Israel ke Jerman), Itamar Rabinovich (bekas duta Israel ke Amerika Syarikat),
Kita mungkin berkata habis itu apa?
Namun APCO tidak boleh menafikan operatornya di Tel Aviv memiliki hubungan rapat dengan bekas Perdana Menteri Israel Yishak Rabin. APCO di Israel mengendalikan kerja-kerja pembangunan strategik dan berbagai bentuk komunikasi untuk syarikat korporat ataupun organisasi kerajaan.
Selanjutnya, perhubungan di antara Israel dan APCO lebih dari sekadar memiliki pejabat di Tel Aviv. Kegiatan APCO di negara Zionis melampaui sektor orang awam. Perlu diingatkan anggota Majlis Penasihat Antarabangsa APCO Doron Bergerbest-Eilon,merupakan bekas ketua keselamatan untuk kerajaan Israel
APCO dan ASERO
Hubungan APCO dengan pelbagai projek risikan dan berkait keselamatan dilakukan menerusi hubungan strategik dengan syarikat saudaranyaASERO Worldwide. Kepakaran APCO adalah dalam bidang komunikasi, manakal ASERO pula pakar dalam keselamatan dalam negeri dan perunding pengurusan risiko.
APCO dan ASERO mempunyai anggota perunding dan pengurusan yang bertingkah keahliannya. Misalnya Doron Bergerbest-Eilon yang duduk sebagai anggota Majlis Penasihat Antarabangsa APCO merupakan orang yang terlibat menubuhkan dan menjadi presiden ASERO Wordlwide.
Doron Bergerbest-Eilon, seorang bekas pegawai kanan keselamatan dalam Israeli Security Agency (ISA). Dia merupakan bekas ketua bahagian perlindungan dan keselamatan dan menjawat pangkat yang lebih kurang sama dengan mejar jenderal. Dedikasinya terhadap agensi perisikan Israel membawa dirinya dianugerahkan Pingat Penghargaan Pengarah oleh Agen Perisikan Amerika Syarikat.
Mara Hedgecoth, anak perempuan Ceo APCO dan Presiden Margery Kraus turut menjawat jawatan dalam ASERO sebagai Naip Presiden. Dalama masa yang sama Mara Hedgecoth turut berkhidmat sebagai Naib Presiden dan Pengarah APCO Worldwide.
Naib Presiden Kanan ASERO, Carl Truscottmerupakan sosok tubuh yang tercalar imejnya sewaktu dibawah pentadbiran Bush. Carl Truscottmerupakan bekas Pengarah Biro Alkohol, Tembakau, Senjata Api dan Bahan Letupan Amerika Syarikat.
Tetapi dia melatakkan jawatan pada Ogos 2006 setelah terbit laporan dari Jabatan Keadilan Amerika Syarikat yang mendapati dia telah membazirkan ribuan dollar dengan berbelanja mewah, membazirkan jutaan dolar dengan keputusan-keputusan sesuka hati serta melanggar piawaian dengan mengarahkan pekerjanya membantu anak saudaranya dalam projek video di sekolah tingginya.
Hubungan dengan Israel
ASERO Worldwide menasihati agensi awam dan tentera Israel dalam hal cabaran strategi dan taktik keselamatan serta menyediakan bantuan terhadapkerajaan dan pihak korporat bagi menyediakan, meringankan dan memulihkan daripada ancaman keganasan dan risiko bahaya lainnya, juga melindungi penghidupan dan aset penting serta memastikan penerusan operasi.
Kakitangan ASERO dipenuhi dengan rekrut daripada Agensi Keselamatan Israel (juga dikenali sebagai Shabak atau Shin Bet) dan juga Mossadyang cukup terkenal itu. Seperti yang kita tahu prosedur piawaian operasi agensi ini dalam menghalang keganasan (counter terrorism) termasuklah dengan menyiksa orang yang dituduh, pembunuhan dan lain-lain lagi.
Pada tahun 2006, APCO dan ASERO memperkenalkan – Pentadbiran Pengangkutan Keselamatan – Transportation Security Administration (TSA) kepada kerajaan Israel, dan membantu membangunkan sistem keselamatan lapangan terbang Israel – Sistem Pengesan Orang Yang Disyaki – Suspect Detection Systems. TSAdireka oleh John Magaw, salah orang perunding kanan yang pernah menjadi pengarah Agensi Perisikan Amerika Syarikat.
Hubungan dengan Singapura
Bukan lagi rahsia bahawa Israel dan Singapura menjalin hubungan tersembunyi dalam kerjasama luar biasa di bidang pertahanan dan perisikan. Kerjasama antara dua buah negara ini dapat dijejak sejak tahun 1960 an lagi/
Di kalangan pengarah kanan dan pegawai pengurusan ASERO, satu-satunya orang yang bukan warga Amerika Syarikat dan warga Israel merupakan warga Singapura.
ASERO dan APCO menyediakan khidmat rundingan terhadap keselamatan dalam negeri Singapura, membantu Singapura dengan khidmat teknikal dan risikan dalam hal ehwal keselamatanruang udara dan angkasa. Khidmat dan kepakaran mereka talah memudah cara perpindahan pantas teknologi keselamatan dan ketenteraan Israel e Singapura.
Kedua-dua syarikat ini juga terlibat dalam mempromosikan penglibatan Israel dalam kerjasama dan penyelidikan berjangka panjang dalam bidang strategik yang mempunyai implikasi keselamatan dan ketenteraan. Antara isntitusinya adalah Yayasan Kajian dan Penyelidikan Industri Singapura-Israel (Singapore-Israel Industrial R&D Foundation - SIIRD) yang ditubuhkan pada tahun1997.
Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, ASERO aktif terlibat dalam banyak kegiatan pencegahan keganasan (counter terrorism). Di atas nama pertukaran akdemik, ASERO telah ikut terlibat dengan Pusat Sains Tingkah Laku (Centre of Behavioral Science - CBS).Matlamat CBS adalah untuk berkhidmat sebagai “platfom untuk perpindahan dan pertukaran idea-idea dan pengetahuan terkini yang akan menyumbang kepada perubahan hidup individu, organisasi dan juga masyarakat.”
1-Malaysia dan slogan Satu Bangsa
Dalam latar belakang ini, terdapat banyak sebab mengapa rakyat Malaysia yang patriotik perlu mempersoalkan kebijaksanaan mengambil khidmat APCO itu. Cukup terang, APCO tidak berkongsi wawasan yang sama tentang pembinaan bangsa(nation). Tidak juga menghairankan untuk APCO tidak berkongsi hasrat, wawasan dan matlamat pembinaan negaa kami. Sebab itulah slogan 1Malaysia tidak bersambut dalam konteks rakyat tempatan.
Fakta sejarah menunjukkan 1-Malaysia berbunyi seperti berbagai “gerakan Satu Bangsa” di seluruh dunia. Malangnya selogan Satu Bangsa tidak dapat dielakkan dikaitkan dengan kecenderungan konservatif.
Seperti yang kita ketahui, slogan Satu Israel merupakancubaan yang gagal untuk menyatukan suatu lanskap politik yang terpisah-pisah. Kemudian ada pula “One Britain” yang menjadi tema kempen ahli-ahli politik pelampau puak kanan parti Konservatif UK dan kumpulan-kumpulan anti penghijrahan orang luar ke dalam negara.
DI Australia, bekas perdana menteri John Howardmerangka dasar One-Australia pada tahun1980an. Maksudnya One-Australia membawa makna anti keragaman budaya dan mendesak Australia mengekalkan penguasaan orang kulit putih Anglo-Saxons.
Slogan One-Australia perdana menteri Howard kemudiannya diangkat oleh ahli politik rasisPauline Hanson yang menubuhkan One-Nation Party. Satu-satunya platfom parti ini berpandukan retorik dan dasar anti orang luar dan anti penghijrah.
Menyerahkan Kedaulatan Malaysia
Setahun selepas dilancarkan, konsep 1-Malaysia masih lagi terlalu kabur buat kebanyakan rakyat Malaysia. Meskipun slogan tersbeut telah menghasilkan caka-cakap dan kegiatan tetapi ia langsung kosong isi pemikirannya.
Malah, rakyat Malaysia tanpa mengira etnik sama-sama kehilangan arah dalam mentera retorika ini. Kesan rasa selamat tidak cukup untuk menutup kekecewaan terhadap tiadanya tindakan dalam menangani isu sebenar yang memberi kesan terhadap bangsa dan negara seperti rasuah, menurunnya proruktiviti, kemiskinan, perpaduan nasional dan lainlain.
Keprihatinan kami bukan sahaja soal pembaziran wang pembayar cukai dalam perbelanjaan pengiklanan yang menakjubkan, papan tanda,lagu, konsert, pertandingan menulis esi dan lain-lain lagi. Kita mesti melihat kepada paling asasi sejauhmana selamatnya negara apabila kita dengan secara sukarelanya mendedahkan struktur kakitangan pegawai kerajaan terhadap firma swasta dengan kepentingan asing yang cukup kuat?
Dalam menjalankan tugasnya, APCO telah diberikan hak untuk mendapatkan bahan-bahan sensitif milik kerajaan yang saya percaya kebanyakan rakyat Malaysia.dinafikan hak untuk mendapatkan bahan-bahan sensitif tersebut.Maka sungguh cetek dan lurus bendul lah kita untuk percaya APCO akan mengendalikan rahsia negara secara profesional, khusunya apabila kita sedang berkonflik dengan kuasa global.
Saya berharap ahli-ahli parlimen dan para pemimpin BN memberi perhatian dalam isu yang amat serius ini. Jika kamu benar-benar patriotik, bangun sekarang. Tolonglah jangan serahkan nasib Malaysia ke tangan kuasa asing.
Tian Chua adalah Ahli Parlimen Batu dan Pengarah Strategik PKR.
Pemuda MCA selar PERKASA: Julang keris umpama main api
MERDEKA REVIEW
Timbalan Setiausaha Agung Pemuda MCA, Low Chew June menyelar Ibrahim Ali dan Ahmad Ismail sebagai "batu penghalang" perpaduan yang wajib ditolak oleh rakyat!
"Dalam Mesyuarat Agung PERKASA, Ibrahim Ali mengeluarkan hujah-hujah perkauman yang ekstrem dan menjulang keris; sementara bekas Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Ahmad Ismail yang pernah mengeluarkan hujah 'kaum pendatang', kini bersiap sedia untuk kembali. Malah, kita tidak boleh memandang remeh sikap Ahmad Ismail yang angkuh itu, malah perlu mencegah rasisme daripada membakar semula," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Low Chew June menyifatkan Ibrahim Ali dan Ahmad Ismail adalah penganut rasisme yang pantang melihat keamanan dan kedamaian negara. Low Chew June menganggap tindakan mereka yang ekstrem akan menjejaskan perpaduan negara, malah terpesong dari Perlembagaan Persekutuan, bercanggahan dengan gagasan 1Malaysia yang disarankan Perdana Menteri Najib Razak.
Low Chew June (gambar kanan) juga kesal dengan hujah bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad yang menurutnya "ekstrem", malah menyifatkan hujah tersebut sebagai "mengapi-apikan", menyemarakkan fahaman perkauman. "Sebagai seorang bekas PM, Mahathir seharusnya berada pada landasan yang betul untuk memupuk perpaduan rakyat demi kepentingan semua," katanya.
*Kenyataan media oleh Low Chew June selaku Timbalan Setiausaha Agung Pemuda MCA. Diterjemah dari kenyataan asal edisi bahasa Cina.
Penyertaan ahli UMNO dalam PERKASA bukti 1 Malaysia gimik politik
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) melihat penyertaan ahli-ahli UMNO dan sokongan mereka terhadap kumpulan pelampau Melayu-Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) sebagai bukti jelas bahawa UMNO tidak serius dalam gagasan 1Malaysia. Gagasan berkenaan hanyalah gimik politik bagi menarik kembali sokongan kaum-kaum bukan Melayu kepada Barisan Nasional, sedangkan dalam masa yang sama mereka menyertai dan menyokong PERKASA yang menghina kaum-kaum lain atas nama Melayu.
Sebelum ini, Kerajaan BN dan UMNO berpakat mengharamkan pertubuhan SuQiu dan Hindraf yang dikatakan pelampau Cina dan India yang menyemarakkan semangat perkauman. Tetapi bila PERKASA wujud, mereka membelanya atas nama kebebasan bersuara. Di sini memperlihatkan ketidakadilan UMNO dalam memberikan hak kepada semua kaum bagi menubuhkan pertubuhan. Malah PERKASA mendapat keistimewaan khas untuk menerbitkan Akhbar mereka sendiri, sedangkan media parti politik seperti Harakah dan Suara Keadilan menunggu bertahun-tahun untuk dapatkan permit.
PAS tidak menafikan hak PERKASA untuk berpersatuan atau mewujudkan organisasinya, tetapi pihak Kerajaan perlu adil dan UMNO seharusnya menyatakan pendirian sebenar mereka dalam gagasan 1Malaysia.
Pengakuan Ketua Pemuda UMNO sebelum ini bahawa memang ada ahli UMNO menyertai PERKASA membuktikan bahawa UMNO sendiri merupakan parti perkauman yang ekstrim dan melampau.
Kehadiran Mukhriz Mahathir dan Awang Adek dalam mesyuarat Agung Tahunan Perkasa baru-baru ini menunjukkan pemimpin UMNO memang tidak ikhlas dalam gagasan 1Malaysia dan menyokong PERKASA untuk menyemarakkan kebencian kepada kaum-kaum lain.
PAS melihat bahawa rakyat juga semakin sangsi dengan kedudukan Perdana Menteri, Najib Razak yang dilihat gagal memberikan kefahaman kepada ahli UMNO terhadap gagasan 1Malaysia. Mungkinkah wujud penentangan terhadap Najib dan gagasannya itu sehingga membuatkan ahli dan pemimpin UMNO secara terbuka menyokong PERKASA?
PAS berharap agar rakyat menyedari perkara ini dan bersatu menolak pelampau perkauman ini. PAS menyeru rakyat hidup bersatu padu dengan rasa muhibbah tanpa perlu melakukan apa-apa provokasi melampau. Kaum bukan Melayu diseru menghormati hak-hak keistimewaan Melayu yang ditetapkan perlembagaan dan Kaum Melayu diharapkan tidak mendiskriminasikan kaum bukan Melayu. Kesefahaman dan tolak ansur menjadi kunci perpaduan rakyat selama ini dan ianya perlulah dikekalkan.
Gagasan 1Malaysia tidak perlu jika organisasi perkauman atau parti politik perkauman tidak wujud kerana merekalah yang sering menyemarakkan rasa benci, dendam dan amarah antara kaum di negara ini.
Hatta di akhirat juga nanti tidak ada orang Melayu, Cina atau India yang masuk syurga. Tiada jaminan kerana yang masuk syurga hanya mereka yang berketurunan Adam dan Hawa sahaja. Semua manusia sama, yang membezakannya adalah ketaqwaan kepada Allah swt.
*Kenyataan media oleh Idris Ahmad selaku Ketua Penerangan PAS Pusat.
Polis Kerumuni Dalam Dewan, Sidang Ditangguh
IPOH - Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat membantah keras kehadiran lebih 150 anggota polis di dalam Dewan tetapi ditolak oleh Speaker 'Haram', Datuk R. Ganesan.
Keadaan ini mengembalikan ingatan bagaimana anggota polis serta anggota Cawangan Khas berkerumun di dalam Dewan menyebabkan suasana kecoh semasa sidang pada 7 Mei tahun lalu.
Menegangkan lagi situasi, talipon bimbit tidak dibenarkan di bawa masuk ke dalam Dewan sementara petugas media ditempatkan di dalam sebuah bilik khas yang cermin gelap dan hanya dibenarkan mendengar audio tanpa sebarang rakaman visual.
Sebentar tadi sidang Dewan Undangan Negeri Perak ditangguhkan sehingga esok pagi setelah dirasmikan oleh Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah kira-kira pukul 10.30 pagi.
ADUN Pakatan Rakyat berkumpul diperkarangan pejabat DAP negeri Perak kira-kira pukul 8.30 pagi sebelum berarak ke Bangunan Kerajaan Negeri Perak diketuai oleh Datuk Seri Mohammed Nizar Jamaluddin dan juga Speaker Dewan Undangan Negeri V.Sivakumar.
Mereka tiba 15 minit kemudian dan pihak polis mengarah kesemua mereka masuk ke perkarangan bangunan seorang demi seorang.
Pihak polis mula mengawal sekitar Bangunan Kerajaan Negeri Perak seawal 7 pagi dan beberapa laluan utama juga di tutup.
Kelihatan juga beberapa trak Polis Simpanan Persekutuan (FRU) dengan 50 anggota ditempatkan di perkarangan bangunan di mana sidang Dewan diadakan.
ADUN Pakatan Rakyat telah mengemukakan sejumlah 216 soalan lisan pada sidang kali ini.
Pecat Rais, Mukhriz, Awang Adek, Wan Omar Kerana Sokong Perkasa
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye mendesak kerajaan memecat mana-mana penjawat awam yang menyokong Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) sekiranya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ikhlas mempromosi objektif konsep 1Malaysia yang diwar-warkan oleh beliau.
Ini kerana, menurut Dr Lee, kenyataan-kenyataan ektremis Perkasa berlawanan dengan arus pembangunan negara serta bertentangan dengan perpaduan nasional.
"Pemimpin Perkasa yang pada masa sama penjawat awam yang hadir semasa Mesyuarat Agung Pertama Perkasa pada 27 Mac 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra termasuklah Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar.
Menteri Peneranhgan, Datuk Seri Dr Rais Yatim juga secara terbuka menyatakan sokongan kepada Perkasa.
"Saya mendesak agar mereka dipecat daripada jawatan supaya usaha membina Malaysia yang bersatu dan progresif mampu dilaksanakan," kata Dr Lee dalam satu kenyataan beliau hari ini.
Sidang DUN Perak Seperti Perhimpunan Polis
Oleh Faizal Ezzany
IPOH - Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak ke duabelas bagi penggal ketiga hari ini yang sepatutnya berjalan dengan lancar telah dicemari dengan kehadiran pihak polis yang telah menguasai perkarangan Bangunan Perak Darul Ridzuan dan juga Dewan Negeri.
Menteri Besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Nizar Jamaluddin dalam sidang medianya kesal dengan tindakan kasar yang telah dilakukan oleh Umno-Barisan Nasional.
"Saya ingin katakan bahawa seolah-olah kami baru balik dari perhimpunan Polis DiRaja Malaysia apabila kami melihat bilangan anggota polis melebihi Ahli Dewan Undangan Negeri.
"Hari ini kami melihat kedua-dua galeri awam dipenuhi oleh mereka yang tidak dikenali yang kemungkinan besar mereka adalah anggota polis. Kalau di luar kita lihat ramai anggota telah ditempatkan.
"Apabila masuk ke dalam perkarangan Bangunan Perak Darul Ridzuan tadi kami telah dihalang oleh polis yang tidak membenarkan ADUN Pakatan Rakyat memasuki kawasan tersebut. Selain itu juga kami telah dihalang memasuki Dewan, lebih kurang 20 minit menunggu baru kami dibenarkan masuk. Kami kesal kerana pintu utama E hanya untuk BN sahaja manakala ADUN Pakatan perlu menggunakan laluan lain yang telah diletakkan mesin pengimbas.
"Tidak ada dalam sejarah di Malaysia ini ADUN dihalang untuk bergerak bebas, semua pergerakan dipantau, diambil gambar seolah-olah kami ini umpama penganas," jelas Nizar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang.
Beliau juga menegaskan bantahan yang dikemukakan oleh ADUN Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham yang membantah kehadiran polis di dalam Dewan telah ditolak.
"Kami telah membantah dengan tindakkan kehadiran pihak polis yang ramai di dalam Dewan tetapi ditolak oleh Speaker haram. Nampaknya BN telah memperalatkan agensi kerajaan seperti polis untuk kepentingan mereka.
"Kita telah hadir ke Dewan yang mulia ini dengan aman dan ini tujuan sebenar kita memanggil Menteri Besar haram itu hadir mesyuarat untuk berbincang tentang penjalanan persidangan kali ini agar lebih teratur. Niat kita bukannya nak buat kacau tetapi Umno-BN yang telah memulakan situasi tersebut dengan menggunakan polis untuk halang kami.
"Saya telah menerima satu SMS yang memberi amaran jika berlaku kekecohan kami akan ditangkap. Ini menunjukkan kami tidak berada dalam keadaan bebas. Tindakan Umno-BN ini telah mencemari Dewan yang mulia dan juga telah melanggar demokrasi di negeri Perak.
"Umno-BN jelas menggunakan apa jua yang ada demi kepentingan mereka dan mereka tidak kisah jika itu telah melanggar hak asasi perlembagaan," tegasnya lagi.
Speaker Dewan Negeri Perak V.Sivakumar juga kesal dengan tindakan Umno-BN menggunakan anggota polis untuk mengekang kebebasan media membuat liputan sidang DUN.
"Inilah kerja jahat Umno-BN mereka bukan sahaja menggunakan polis dari menghalang kami memasuki Dewan tetapi telah menghalang media memasuki Dewan dan ini jelas sikap mereka yang telah menghalang kebebasan media. Mereka sepatutnya membenarkan media masuk ke Dewan kerana titah ucapan Sultan sangat penting dan rakyat perlu tahu tetapi mereka menafikan hak media.
"Saya juga bersetuju bahawa Perak sekarang sudah manjadi negeri polis di bawah kepimpinan kerajaan BN yang haram," jelas Sivakumar.
Ngeh juga membidas sikap berat sebelah pihak polis menghalang ADUN Pakatan Rakyat daripada menghadiri sidang Dewan pada hari ini.
"Saya ingin tegaskan pihak polis tidak boleh menghalang ADUN memasuki Dewan kerana itu bukan hak dan bidang kuasa polis. Pada masa sekarang pihak polis menghalang kita dari memasuki Dewan mungkin satu masa pihak polis yang membuat arahan soalan apa yang boleh ditanya, tak mustahil tindakan polis menghalang ADUN
Pakatan memasuki Dewan jika BN ingin memdapat undi untuk sesuatu persetujuan, ini yang kita risau sekarang.
"Saya cabar Zambry esok jangan benarkan pihak polis memenuhi Dewan dan jika ini berlaku kita akan mengambil tindakan dan membuat laporan polis ke atas tindakan Zambry memperalat pihak polis untuk kepentingan mereka," tegas Ngeh.
Sidang DUN pada hari ini telah ditangguh sehingga pukul 10 pagi esok tanpa diberitahu berapa lama ia akan berlangsung.
Permohonan Pakatan Rakyat agar sidang itu diadakan selama lima hari telah ditolak tanpa sebarang alasan.
Beberapa kekecohan telah berlaku sewaktu ADUN Pakatan Rakyat berjalan ke Wisma DAP yang mana penyokong Umno telah mengeluarkan kata-kata kesat kepada ADUN Pakatan seperti "pergi berambus" serta "tidak sedar diri".
Khairy Bermatian Pertahan Apco Kerana Kawan Baik Omar Mustapha Ong?
Oleh Jamilah Kamarudin
KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap dakwaan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin yang cuba menggaitkan beliau dengan pegawai tinggi Apco Worldwide sebagai satu usaha mengalihkan persoalan sebenar yang membabitkan keselamatan negara.
Sambil menyifatkan dakwaan Khairy sebagai sebagai tidak berasas, Anwar turut mempersoalkan tindakan Khairy yang cuba melarikan diri daripada berbincang perkara pokok berhubung Apco.
"Saya kenal Khairy, saya juga kenal Najib, saya kenal Muhyiddin, jadi isunya apa?
"Isunya sekarang Apco memainkan peranan dalam kerajaan Malaysia dan pimpinan kerajaan Malaysia. Soal saya hadir dalam persidangan dengan orang Israel sebanarnya ramai juga hadir dalam persidangan termasuk dengan tokoh ulama Sheikh Dr Yusuf al-Qaradhawi, begitu juga saya hadir dalam persidangan persatuan Hindu, Kristian dan sebagainya, itu bukan isu.
"Isunya sekarang Khairy cuba nak lari daripada isu penglibatan dia dan Omar Mustapha Ong dengan syarikat Ethos yang boleh menjejaskan keselamatan negara.
"Soal siapa kenal siapa tak penting kerana yang menjadi persoalan utamanya adalah menggunakan kepakaran Israel yang mendedahkan rahsia keselamatan dan strategi negara kepada bahaya.
"Tiada negara yang berbuat demikian melainkan anda sangat terdesak," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen tengahari tadi.
Khairy dan Omar Mustapha Ong dikatakan mempunyai hubungan persahabatan yang rapat.
Anwar turut mempersoalkan tindakan Khairy yang selama ini bertanggungjawab menjadi wakil 'jurucakap' mempertahankan tindakan bagi pihak Apco di Parlimen.
"Kenapa Khairy bertanggungjawab menjawab kepada pihak Apco. Ini sangat meragukan. Anda merujuk kepada soal keselamatan negara dan Perdana Menteri yang sepatutnya jawab isu ini. Khairy bukan sebahagian daripada kerajaan, dia hanya Ketua Pemuda Umno. Saya minta kerajaan beri penjelasan bukan dia, kenapa dia beriya sangat nak pertahankan Apco?," katanya.
Beliau turut menyelar dakwaan fitnah Khairy yang mengatakan ini hanyalah cubaannya untuk mengalih pandangan rakyat kepada krisis parti KEADILAN yang kini dikatakan bermasalah.
"Bukan saya yang minta dan mengarahkan untuk membuka isu ini. Saya diarah oleh Speaker. Jika saya tolak untuk jawab saya akan didakwa. Ini bukan nak alih pandangan, ini helah kerajaan nak tekan saya tapi saya bangkit dan kemukakan fakta mengenai perisikan tentera Israel dalam seluruh jentera kita disini.
Mereka ingat saya tidak ada bahan tapi mereka silap besar," katanya," tegas Ketua Pembangkang itu.
Anwar juga menggesa supaya kerajaan segera membatalkan kontrak perkhidmatan Apco dan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat skandal yang disifatkan sebagai mencalar maruah negara dan mampu mengeruhkan hubungan dengan negara Islam lain.
"Pemimpin Pakatan Rakyat yang lain mencapai kata sepakat agar usul menggesa Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan dan kita akan kemukakan usul itu kemudian," katanya.
Hulu Selangor: Samy temui Najib, serah nama calon
TERKINI
Oleh G. Manimaran
KUALA LUMPUR— Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tengah hari tadi berhubung persediaan menghadapi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor.
Samy Vellu (gambar) berkata, beliau juga telah menyerahkan surat mengenai nama wakil yang akan diletakkan oleh MIC di bahagian itu kelak.
“Saya akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri sekali lagi dalam dua, tiga hari lagi,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor akan berlangsung ekoran kematian penyandangnya Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad Khamis lalu.
Ketika ditanya sama ada soal kemungkinan perubahan kerusi antara Umno dan MIC akan berlaku, Samy Vellu memberitahu perkara itu bukan lagi satu masalah.
Apabila ditanya lagi sama ada ia bermakna kerusi Parlimen Hulu Selangor kekal ditandingi wakil MIC, bekas anggota Kabinet persekutuan ini memberitahu, perkara tersebut akan diumumkan oleh Najib sendiri selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN).
Dalam pada itu laporan Bernama menyebut, Samy Vellu menolak dakwaan bahawa para pengundi di Parlimen Hulu Selangor tidak berminat dengan calon daripada MIC untuk bertanding dalam pilihan raya kecil itu.
Samy Vellu brkata beliau percaya keadaan di kawasan pilihan raya berkenaan telah pun berubah sejak pilihan raya umum 2008.
“Jika kita melihat kepada keutamaan pengundi, tidak ada satu tempat pun yang kaum India boleh bertanding di negara ini.
“Masyarakat India tidak mempunyai majoriti sama sekali di mana-mana jua kawasan pilihan raya untuk bertanding. Mereka hanya boleh kekal sebagai pengundi dan ini akan membawa kepada banyak masalah lain.
“Kami telah pun keluar daripada masalah itu sekarang dan saya harap masyarakat akan cuba melupakan apa yang telah berlaku sebelum ini. Jangan cuba untuk mengingatkan mereka... itu tidak baik,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan baru sekolah Tamil Jalan Tepi Sungai di Klang hari ini.
Samy Vellu sebelum itu diminta mengulas mengenai khabar angin bahawa pengundi di Hulu Selangor lebih menyukai seorang calon daripada Umno berbanding MIC untuk bertanding dalam pilihan raya kecil itu.
Bekas Menteri Kerja Raya itu telah mencadangkan supaya Timbalan Presiden MIC Datuk G. Palanivel mewakili BN untuk bertanding bagi kerusi berkenaan.
Palanivel merupakan Anggota Parlimen Hulu Selangor sejak 1990 sebelum kalah pada 2008.
Ditanya sama ada beliau memikirkan calon lain di samping Palanivel untuk bertanding dalam pilihan raya kecil itu, Samy Vellu secara berseloroh berkata:
“Kami boleh mencari remaja lelaki berumur 18 atau 19 tahun untuk bertanding.”
Samy Vellu juga berkata cadangan MIC supaya Palanivel bertanding bagi kerusi berkenaan dilakukan berlandaskan kepada hierarki parti.
“Hierarki mesti dihormati, jika tidak masyarakat akan menyangka bahawa saya tidak menghormati keputusan majoriti.
“Palanivel adalah Timbalan Presiden parti pada hari ini disebabkan keputusan yang dibuat oleh majoriti,” katanya.
Samy Vellu berkata Palanivel mempunyai peluang yang baik untuk merampas kembali kerusi Hulu Selangor memandangkan beliau memperoleh sokongan memberangsangkan daripada bahagian MIC dalam kawasan pilihan raya itu dan pemimpin biasa dalam cawangan Umno.
Parlimen Ada 'Peraturan Khas' Untuk Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR : Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur Speaker Dewan Rakyat yang tidak konsisten dalam menentukan tarikh untuk Ketua Pembangkang itu membuat penjelasan mengenai peranan Apco Worldwide dalam kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak.
Anwar bersedia penjelasan bila-bila masa tetapi kesal kerana keputusan mereka saling bercanggah dan member gambaran wujud satu peraturan khas apabila sesuatu isu melibatkan beliau.
Tarikh itu menjadi pertikaian apabila Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Jaafar membatal keputusan timbalannya Ronald Kiandee yang menetapkan Anwar untuk membuat penjelasan esok.
Sebaliknya, Dr Wan Junaidi meminta semua pihak menunggu keputusan beliau yang bersangkut paut kandungan Peraturan 34 (1) pada Rabu ini, sekali gus bermakna penjelasan Anwar yang dijadual esok perlu ditunda.
Bagaimanapun, Dr Wan Junaidi selepas didatangi Setiausaha Dewan Rakyat yang memaklumkan sesuatu tiba-tiba menukar keputusan dengan menyatakan Anwar perlu memberi penjelasan esok sebagaimana keputusan yang ditetapkan Ronald Kiandee.
Dolak dalik dan percanggahan mengenai keputusan berkenaan mendorong Anwar membuat teguran.
“Janganlah ada peraturan khas untuk Permatang Pauh. Saya tidak keberatan memberi penjelasan tapi Speaker kenalah teliti keputusan dan adil,” katanya pada sidang Dewan Rakyat yang turut disokong Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang.
Dr Wan Junaidi kemudian menetapkan penjelasan itu perlu dibuat pada Selasa, itu pun selepas dua kali setiausaha dewan rakyat mendatangi Dr Wan Junaidi hingga gelagat itu disindir Anwar dan Kit Siang.
“Jangan sampai orang kata speaker ikut cakap setiausaha,” kata Ketua Umum Keadilan dengan nada sedikit sinis.
Speaker Dewan Rakyat itu kemudian memberi penjelasan panjang lebar terhadap keputusannya itu tetapi ia masih mengelirukan sehingga Anwar sekali lagi bangun dan terpaksa membetulkan fakta.
Enggan menjawab Anwar, Dr Wan Junaidi sebaliknya dilihat cuba mengelak isu itu berpanjangan dengan berkata demikian dan meminta hal itu dibincangkan kemudian.
Apco Worldwide adalah firma perunding antarabangsa yang dilantik bagi menasihati kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) pimpinan Najib.
PKR MAMPU GUGAT KESTABILAN UMNO SABAH
Laporan : HALIK ZAMAN (sabahkini)
PENGERUSI Pimpinan PKR Negeri Sabah, Ahmad Tamrin Hj Jaini, telah merasmikan Mesyuarat Agung Cabang Tawau di bawah kepimpinan Datuk Kong Hong Ming.
Pada sebelah malamnya, telah diadakan satu pejumpaan ceramah politik bersama rakyat di Balung, Tawau. Perjumpaan ini telah berjaya menghimpunkan ramai hadirin terdiri dari orang muda yang berminat untuk mendengar penjelasan mengenai isu-isu semasa dan halatuju PKR dari kepimpinan PKR Sabah.

Di perjumpaan ini, masyarakat Balung telah diterangkan dengan sejelas-jelasnya mengenai susu-galur sebenar segala isu yang berkaitan dengan Pakatan Rakyat memandangkan UMNO/BN telah banyak menaburkan fitnah dan propaganda yang negatif terhadap Pakatan Rakyat, maka perjumpaan sebegini dapat memberikan kefahaman sebenarnya kepada rakyat.
Dalam ucaptamanya, Tamrin mengucap syabas kepada Cabang Tawau kerana keberhasilan perjumpaan ini yang begitu mendapat sambutan hebat dan cemerlang dari rakyat Balung dan daerah Tawau.
Satu perjumpaan bertemu rakyat turut diadakan di Silam, Lahad Datu dalam usaha mendekati rakyat Silam. Perjumpaan ini telah berjaya menarik ribuan rakyat Silam dan juga beberapa orang Ketua-Ketua Cawangan UMNO juga telah dikenalpasti turut hadir mendengar ceramah dari kepimpinan PKR Sabah.
Ketua Cabang Silam, Johani Abd Halim telah mengambil satu inisiatif bernas dengan menganjurkan perjumpaan berkenaan.
Lebih kurang 10 orang Ketua Cawangan UMNO turut hadir namun meminta agar nama mereka tidak disiarkan turut memuji halatuju PKR begitu mengkagumkan di mana selama ini mereka digambarkan oleh para pemimpin UMNO Sabah bahawa PKR adalah sebuah parti yang merugikan kaum Bumiputera tapi sebaliknya.
“Kalau kita dengar dan perhatikan betul-betul bahawa sebenarnya pemimpin UMNO hanya menolong dan memperkayakan kroni mereka sendiri sahaja. Betullah tuduhan para pemimpin PKR selama ini,” ujar seorang Ketua Cawangan UMNO Silam.
Kehadiran yang amat menggalakkan merupakan satu tanda aras akan bertambahnya minat rakyat Sabah amnya dan rakyat Silam khasnya terhadap perjuangan PKR dan Pakatan Rakyat.
Ini membuktikan bahawa tafsiran pemimpin UMNO/BN terhadap Pakatan Rakyat ternyata sama sekali meleset. Kehadiran yang begitu membangkitkan semangat jelas membuktikan segala andaian UMNO/BN hanya tinggal andaian sahaja. Syabas Cabang Silam kerana berjaya menganjurkan perhimpunan yang sangat berjaya.
Pada pagi Isnin, jam 10.30 am, Pengerusi MPN Sabah dan rombongan berangkat ke Bukit Garam, Kinabatangan bagi merasmikan Mesyuarat Agung Cabang Kinabatangan.
Pada jam 2.00 pm, Pengerusi MPN akan merasmikan Mesyuarat Agung Cabang Batu Sapi dan seterusnya satu perjumpaan bersama rakyat akan diadakan di Batu Sapi. Semua ahli PKR dan rakyat Batu Sapi adalah dijemput hadir.