Selasa, 30 Mac 2010

PKR MAMPU GUGAT KESTABILAN UMNO SABAH

Laporan : HALIK ZAMAN (sabahkini)

PENGERUSI Pimpinan PKR Negeri Sabah, Ahmad Tamrin Hj Jaini, telah merasmikan Mesyuarat Agung Cabang Tawau di bawah kepimpinan Datuk Kong Hong Ming.

Pada sebelah malamnya, telah diadakan satu pejumpaan ceramah politik bersama rakyat di Balung, Tawau. Perjumpaan ini telah berjaya menghimpunkan ramai hadirin terdiri dari orang muda yang berminat untuk mendengar penjelasan mengenai isu-isu semasa dan halatuju PKR dari kepimpinan PKR Sabah.


Di perjumpaan ini, masyarakat Balung telah diterangkan dengan sejelas-jelasnya mengenai susu-galur sebenar segala isu yang berkaitan dengan Pakatan Rakyat memandangkan UMNO/BN telah banyak menaburkan fitnah dan propaganda yang negatif terhadap Pakatan Rakyat, maka perjumpaan sebegini dapat memberikan kefahaman sebenarnya kepada rakyat.

Dalam ucaptamanya, Tamrin mengucap syabas kepada Cabang Tawau kerana keberhasilan perjumpaan ini yang begitu mendapat sambutan hebat dan cemerlang dari rakyat Balung dan daerah Tawau.

Satu perjumpaan bertemu rakyat turut diadakan di Silam, Lahad Datu dalam usaha mendekati rakyat Silam. Perjumpaan ini telah berjaya menarik ribuan rakyat Silam dan juga beberapa orang Ketua-Ketua Cawangan UMNO juga telah dikenalpasti turut hadir mendengar ceramah dari kepimpinan PKR Sabah.

Ketua Cabang Silam, Johani Abd Halim telah mengambil satu inisiatif bernas dengan menganjurkan perjumpaan berkenaan.

Lebih kurang 10 orang Ketua Cawangan UMNO turut hadir namun meminta agar nama mereka tidak disiarkan turut memuji halatuju PKR begitu mengkagumkan di mana selama ini mereka digambarkan oleh para pemimpin UMNO Sabah bahawa PKR adalah sebuah parti yang merugikan kaum Bumiputera tapi sebaliknya.

“Kalau kita dengar dan perhatikan betul-betul bahawa sebenarnya pemimpin UMNO hanya menolong dan memperkayakan kroni mereka sendiri sahaja. Betullah tuduhan para pemimpin PKR selama ini,” ujar seorang Ketua Cawangan UMNO Silam.

Kehadiran yang amat menggalakkan merupakan satu tanda aras akan bertambahnya minat rakyat Sabah amnya dan rakyat Silam khasnya terhadap perjuangan PKR dan Pakatan Rakyat.

Ini membuktikan bahawa tafsiran pemimpin UMNO/BN terhadap Pakatan Rakyat ternyata sama sekali meleset. Kehadiran yang begitu membangkitkan semangat jelas membuktikan segala andaian UMNO/BN hanya tinggal andaian sahaja. Syabas Cabang Silam kerana berjaya menganjurkan perhimpunan yang sangat berjaya.

Pada pagi Isnin, jam 10.30 am, Pengerusi MPN Sabah dan rombongan berangkat ke Bukit Garam, Kinabatangan bagi merasmikan Mesyuarat Agung Cabang Kinabatangan.

Pada jam 2.00 pm, Pengerusi MPN akan merasmikan Mesyuarat Agung Cabang Batu Sapi dan seterusnya satu perjumpaan bersama rakyat akan diadakan di Batu Sapi. Semua ahli PKR dan rakyat Batu Sapi adalah dijemput hadir.


Tiada ulasan: