Memaparkan catatan dengan label PRK HULU SELANGOR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PRK HULU SELANGOR. Papar semua catatan

Khamis, 5 Ogos 2010

Mahkamah: Kamalanathan MP Hulu S'gor yang sah

Hafiz Yatim

Mahkamah Pilihan Raya hari ini membenarkan permohonan ahli parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan bagi membatalkan petisyen yang difailkan oleh ahli majlis tertinggi PKR, Datuk Zaid Ibrahim.

Hakim Mah
kamah Tinggi Datuk Azahar Mohamed, yang bertindak sebagai Hakim Mahkamah Pilihan Raya berkata petisyen yang difailkan itu adalah cacat kerana tidak mematuhi keperluan mandatori.

Beliau sehubungan itu mengisytiharkan Kamalanathan sebagai ahli parlimen Hulu Selangor yang sah.

Zaid, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri memfailkan petisyen berkenaan pada 24 Mei lalu supaya keputusan pilihan raya kecil Hulu Selangor, 25 April lalu dibatalkan atas alasan ia dicemari rasuah.

Ini dalam bentuk sogokan dan janji kepada pengundi oleh pemimpin BN, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada pengundi sekiranya mereka menyokong Kamalanathan.

Petisyen terhadap Kamalanathan difailkan di bawah Seksyen 10(a), 10(c) dan 10(e) Akta Kesalahan-Kesalahan Pilihan Raya 1958.

Pada pilihan raya kecil itu, Zaid, pengerusi Majlis Pimpinan Negeri, PKR Wilayah Persekutuan, kalah kepada Kamalanathan dari MIC dengan majoriti 1,725 undi.

Mengulas keputusan itu, Kamalanathan berkata beliau bersyukur kepada Tuhan kerana mahkamah telah memutuskannya sebagai ahli parlimen yah sah.

"Saya P Kamalanathan, dan saya adalah MP bagi Hulu Selangor," katanya, sambil berikrar akan bekhidmat dengan gigih di kerusi parlimen yang diwakilinya.

Men
urut seorang daripada peguamnya, Mohd Hafarizam Harun, penghakiman hari ini membuktikan bantuan kepada sekolah dan RM160,000 kepada peneroka Felda bukan rasuah tetapi sebagai pembangunan di kawasan berkenaan.

Peguam Azhar Azizan Harun yang mewakili Zaid berkata beliau kecewa dengan keputusan itu.

Katanya, beliau juga mempunyai senarai nama-nama penerima rasuah berkenaan tetapi berpendapat untuk mendedahkannya apabila perkara itu dibawa ke perbicaraan sepenuhnya.

Jumaat, 23 Julai 2010

Permohonan Kamalanathan batal petisyen Zaid - 5 Ogos

MALAYSIA KINI


Mahkamah Pilihan Raya akan memutuskan pada 5 Ogos ini sama ada membenarkan permohonan ahli parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan bagi membatalkan petisyen yang difailkan oleh ahli majlis tertinggi PKR, Datuk Zaid Ibrahim.

Hakim Datuk Azahar Mohamed menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujah daripada peguam-peguam yang mewakili Zaid, Kamalanathan dan pegawai daripada Pejabat Peguam Negara yang bertindak bagi pihak pegawai pilihan raya, Nor Hisham Ahmad Dahlan dan Suruhanjaya pilihan Raya Malaysia.

Peguam Malik Imtiaz Sarwar yang mewakili Zaid berkata mahkamah mempunyai peluang menjadikannya satu polisi dengan tidak membenarkan permohonan itu agar perkara berkenaan dapat dibicarakan.

Sebelum ini, hampir 90 peratus petisyen pilihan raya ditolak tanpa sebarang perbicaraan.

"Mahkamah ini boleh menjadikannya sebagai polisi bagi kes-kes petisyen pilihan raya akan datang.

"Tiada sesiapa boleh campur tangan dengan proses pilihan raya yang sepatutnya merupakan proses demokrasi yang sebenar dan menghampakan harapan pengundi yang mahu melihat keadilan ditegakkan,” hujah Malik (kanan).

Katanya, mahkamah tidak sepatutnya menumpukan perhatian terhadap kes petisyen pilihan raya yang telah dibatalkan ketika mendengar permohonan itu, tetapi perlu menetapkan satu dasar dalam menolak permohonan sedemikian dengan terus mendengar keterangan serta bukti melalui satu perbicaraan penuh.

Sementara itu, peguam Kamalanathan - Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin hanya mengemukakan alasan teknikal bagi petisyen itu ditolak.

Katanya, pmpetisyen gagal menunjukkan dalam afidavitnya elemen janji dan tawaran yang menyebabkan pengundi Hulu Selangor mengubah fikiran mereka untuk tidak mengundi beliau.

Beliau

juga berhujah mengenai alasan teknikal dan pentadbiran iaitu bagaimana petisyen itu diserahkan dan difailkan, yang menurutnya adalah cacat kerana tidak mematuhi keperluan mandatori mengikut Akta Kesalahan-Kesalahan Pilihan Raya 1958.

Zaid, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri memfailkan petisyen berkenaan pada 24 Mei lalu supaya keputusan pilihan raya kecil Hulu Selangor, 25 April lalu dibatalkan atas alasan ia dicemari rasuah.

Ini dalam bentuk sogokan dan janji kepada pengundi oleh pemimpin BN, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada pengundi sekiranya mereka menyokong Kamalanathan.

Pada pilihan raya kecil itu, Zaid, pengerusi Majlis Pimpinan Negeri, PKR Wilayah Persekutuan, kalah kepada Kamalanathan dari MIC dengan majoriti 1,725 undi.

Selasa, 20 Julai 2010

Petisyen Hulu S'gor: BN menang pusingan 1

Hafiz Yatim

Mahkamah Pilihan Raya Kuala Lumpur hari ini menolak bantahan awal yang dikemukakan oleh ketua PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim terhadap permohonan ahli parlimen BN yang memenangi pilihan raya kecil Hulu Selangor, P Kamalanathan untuk membatalkan petisyen plihan raya yang dikemukakannya.

Ke
putusan itu di buat oleh Hakim Datuk Azhar Mohamed petang ini.

"Jadi esok, saya akan mendengar permohonan awal bagi membatalkan petisyen Zaid dan merit berhubung petisyen itu,” katanya.

Hakim Azahar juga memetik tigas kes undang-undang yang menyebut hakim pilihan raya mesti mempunyai kuasa membatalkan permohonan pilihan raya.

Peguam Kamalanathan - Firoz Hussein berkata "pertarungan sebenar" akan bermula esok apabila mereka cuba menyakinkan hakim supaya menolak petisyen yang dikemukakan oleh Zaid.

Pa
da 24 Mei lalu, Zaid memfailkan petisyen agar keputusan pilihan raya kecil April lalu itu diisytihar tidak sah dan dibatalkan dengan mendakwa berlakunya rasuah dalam bentuk sogokan kepada penduduk.

Zaid kalah kepada Kamalanathan dengan majoriti 1,725 undi.

Zaid menamakan Kamalanathan serta pegawai pengurus pilihan raya berkenaan, Nor Hisham Ahmad Dahlan, dan Suruhanjaya Pilihan Raya sebagai responden.

Kamalanathan, yang juga ketua penerangan MIC, memfailkan permohonan membatalkan petisyen itu dengan alasan Zaid gagal mendedahkan kausa tindakan yang munasabah dan petisyen itu adalah mengaibkan, remeh, menyusahkan dan satu penyalahgunaan proses mahkamah.

Sel
ain itu, katanya, Zaid gagal mengenal pasti orang yang didakwanya ditawarkan sogokan.

Kamalanathan diwakili peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun, Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin dan Cheng Mai manakala Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan dan Mohd Azhar Mohd Yusof mewakili pegawai pengurus pilihan raya dan SPR.

Peguam Ang Hean Leng, Leong Sher How dan Azahar Azizan Harun mewakili Zaid.

Selasa, 13 Julai 2010

Permohonan batal petisyen Zaid didengar 20 Julai

BERNAMA


KUALA LUMPUR— Permohonan Anggota Parlimen Hulu Selangor P.Kamalanathan bagi mengetepikan petisyen pilihan raya oleh Datuk Zaid Ibrahim, calon Parti Keadilan Rakyat yang tewas kepadanya dalam pilihan raya kecil bagi kerusi itu pada 25 April lepas, akan didengar di Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin ini.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azahar Mohamed menetapkan tarikh itu selepas menemui peguam yang mewakili semua pihak yang terlibat hari ini.

Pada 24 Mei lepas, Zaid memfailkan petisyen agar keputusan pilihan raya kecil itu diisytihar tidak sah dan dibatalkan dengan mendakwa berlakunya rasuah dalam bentuk sogokan kepada penduduk.

Zaid kalah kepada Kamalanathan daripada Barisan Nasional dengan majority 1,725 undi.

Zaid menamakan Kamalanathan serta pegawai pengurus pilihan raya berkenaan, Nor Hisham Ahmad Dahlan, dan Suruhanjaya Pilihan Raya sebagai responden.

Kamalanathan, yang juga ketua penerangan MIC, memfailkan permohonan membatalkan petisyen itu dengan alasan Zaid gagal mendedahkan kausa tindakan yang munasabah dan petisyen itu adalah mengaibkan, remeh, menyusahkan dan satu penyalahgunaan proses mahkamah.

Selain itu, katanya, Zaid gagal mengenal pasti orang yang didakwanya ditawarkan sogokan.

Kamalanathan diwakili peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun, Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin dan Cheng Mai manakala Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan dan Mohd Azhar Mohd Yusof mewakili pegawai pengurus pilihan raya dan SPR. Peguam Ang Hean Leng, Leong Sher How dan Azahar Azizan Harun mewakili Zaid.

Selasa, 6 Julai 2010

PDRM Peruntukkan RM15 Juta Untuk PRK Hulu Selangor Dan Sibu

Oleh Faizal Ezzany


KUALA LUMPUR - Polis DiRaja Malaysia (PDRM) memperuntukkan sekurang-kurangnya RM15 juta bagi kos mengendali dua pilihan raya kecil di Hulu Selangor dan juga di Sibu masing-masing pada April dan Mei tahun ini.

Maklumat ini didedahkan bagi menjawab pertanyaan lisan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua yang meminta penjelasan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengenai jumlah anggota polis yang bertugas semasa PRK Hulu Selangor dan Sibu serta jumlah kos keseluruhannya yang terbabit.

"Melalui jawapan bertulis yang diberikan oleh kementerian terbabit menjelaskan jumlah keseluruhan pegawai dan anggota polis yang ditugaskan semasa PRK Hulu Selangor adalah seramai 4,009 orang manakala bagi Sibu pula seramai 1,737 orang.

"Manakala kos keseluruhan bagi PRK Hulu Selangor adalah sebanyak RM10,547,995 juta dan PRK Sibu sebanyak RM4,561,634 juta," jelas Tian Chua.

Soalan kedua yang dikemukakan oleh Tian Chua adalah mengenai peruntukan undang-undang yang digunakan oleh pihak polis bagi melarang parti politik berkempen dengan menggunakan isu Allah dalam PRK Sibu.

"Jawapan bertulis yang diterima itu menjelaskan tugas pihak polis semasa PRK adalah untuk mengawal keselamatan dan ketenteraman awam serta memastikan proses pilihan raya berjalan lancar. Berkenaan dengan isu penggunaan perkataan Allah ia merupakan isu yang sangat sensitif dan membabitkan beberapa kes yang masih dalam perbicaraan di mahkamah dan kementerian enggan menyentuh perkara tersebut," jelas beliau lagi.

Selasa, 8 Jun 2010

Kes Miliki Pisau Lipat 20 Sen Ditangguh 28 Julai

Oleh Frederick Luccas


KUALA KUBU BHARU - Pendengaran kes Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia, Fariz Musa bersama empat ahli AMK yang ditahan semasa pilihan raya kecil Hulu Selangor April lalu di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Baru hari ini telah ditangguhkan pada 28 Julai depan.

Penangguhan ini dibuat oleh Hakim Zuraidah Zakaria kerana ketiadaan kertas penyiasatan (IP) daripada pihak pendakwa raya yang mendakwa tertuduh di bawah Akta Kanun Keseksaan Seksyen 426, atas kesalahan memiliki senjata berbahaya dan bahan letupan kerana memiliki pisau lipat berharga 20 sen.

Peguam Mohd Radzlan yang mewakili Fariz dan ahli AMK terbabit berkata IP masih lagi dipegang oleh Ketua Unit Pendakwaan Selangor yang berkemungkinan menilai semula samada perlu atau tidak meneruskan pertuduhan ini.

"Pada tarikh pertama mereka didakwa, saya telah memohon agar pertuduhan ini tidak diteruskan kerana pada masa itu (semasa kempen pilihan raya), keadaan agak tegang dan mungkin pendakwaan dibuat tergesa-gesa dan ada kemungkinan pihak pendakwa raya meniai semula fakta kes ini.

"Kes ini hanya satu kes kecil dan mungkin akan dipertimbangkan agar pertuduhan digugurkan," jelas Radzlan.

Fariz dan empat anggota AMK - Ahmad Sharizan Safrim, Ahmad Amin Runass, Ahmad Shabuddin dan Wan Khairul Fadhilah ditahan pada malam 21 April atas kesalahan memiliki beberapa keping pisau lipat yang dipercayai digunakan untuk menurunkan kain rentang Barisan Nasional yang berupa provokasi semasa kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor.

Mereka telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Baru kali pertama pada 23 April, di mana tarikh pendengaran telah diputuskan ke hari ini.

Isnin, 24 Mei 2010

Zaid Serah Petisyen Batalkan Keputusan PRK Hulu Selangor

Oleh Faizal Ezzany


SHAH ALAM - Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Pusat, Datuk Zaid Ibrahim yang juga bekas calon KEADILAN bagi pilihan raya kecil Hulu Selangor hari ini memfailkan petisyen di Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi mengisytiharkan keputusan pilihan raya tersebut sebagai tidak sah.

Beliau yang tewas kepada calon Barisan Nasional, P Kamalanathan dengan majoriti 1,725 undi menyifatkan keputusan tersebut tidak sah selain mendakwa berlakunya amalan rasuah oleh BN bagi memastikan sokongan diberikan kepada mereka.

"Petisyen pilihan raya ini difailkan mengenai PRK Hulu Selangor, kita dapati wujud gegala rasuah digunakan pada PRK tersebut. Petisyen ini tertumpu kepada Kamalanathan yang telah secara langsung atau tidak langsung, secara sendiri atau melalui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa kempennya telah melakukan rasuah.

"Perbuatan menyogok dengan menjanjikan kepada pengundi berdaftar di Hulu Selangor terutamanya penduduk di kawasan Rasa, bahawa RM3 juta akan diberikan kepada Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Rasa jika calon BN menang pada pilihan raya tersebut.

"Selain itu juga kita menumpukan tawaran sebanyak RM160,000 yang dilakukan di Felda Sungai Buaya oleh BN dan juga RM50,000 jika dapat memastikan kemenangan BN," jelas Zaid pada media di kediamannya petang tadi.

Peguam yang mewakili Zaid, Malik Imtiaz Sarwar yang turut sama pada sidang media tersebut menjelaskan pihaknya lebih menumpukan kepada apa yang telah Najib dan Kamalanathan lakukan.

"Kita menumpukan kepada semua kempen yang bersifat rasuah dalam memastikan mereka memenangi PRK tersebut, seperti janji RM3juta kepada SRJK (C) Rasa dan juga tawar menawar yang dilakukan kepada peneroka Felda.

"Dalam petisyen tersebut kita juga turut menamakan Pegawai Pengurus PRK Hulu Selangor, Nor Hisham Ahmad Dahlan dan juga Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia yang dilihat bertanggungjawab bagi memastikan pilihan raya tersebut berjalan dengan lebih telus dan adil.

"Menurut Seksyen 38 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, keputusan pilihan raya boleh dicabar melalui petisyen pilihan raya dan ia perlu difailkan dalam jangka masa 21 hari dari hari keputusan diwartakan.

"Selain itu juga peruntukkan di bawah Seksyen 35A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 memperuntukkan bahawa perbicaraan harus diselesaikan dalam masa enam bulan dari tarikh pemfailan petisyen pilihan raya," katanya lagi.

Sekiranya mahkamah mencapai keputusan bagi pihak yang memohon mahkamah boleh mengeluarkan perintah bahawa keputusan PRK Hulu Selangor yang lepas sebagai tidak sah, keputusan ini dibuat mengikut arahan di bawah Seksyen 36 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Jumaat, 7 Mei 2010

BN Salahguna Masjid Semasa PRK Hulu Selangor

Oleh Frederick Luccas


SHAH ALAM - Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menyuarakan sokongan beliau terhadap titah Sultan Selangor berkenaan penggunaan masjid sebagai tempat berpolitik.

"Masjid tidak boleh digunakan untuk politik berpartisan, tetapi isu politik secara am boleh dibincangkan asalkan kita tidak berat sebelah kepada mana-mana parti", kata beliau dalam sidang akhbar di pejabatnya di Shah Alam semalam.

Tambah beliau, Sultan Selangor telah mengeluarkan titah baginda atas keprihatinan dan keikhlasan baginda terhadap kebajikan rakyatnya, dan bukannya untuk memberikan satu tanggapan buruk terhadap mana-mana pihak.

Khalid menjelaskan bahawa semasa Musyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkempen untuk pilihan raya kecil Hulu Selangor, beliau tidak langsung membuat program yang melibatkan masjid.

"Tok Guru, jika ke masjid semasa pilihan raya Hulu Selangor hanya untuk sembahyang. Pada hari pertama Tok Guru ke masjid Kuala Kubu Baru untuk solat, imam dan nazir ketika itu telah meminta Tok Guru, sebagai seorang ulama, untuk memberikan tazkirah di mana Tok Guru hanya memberikan ucapan politik tak berpartisan. Tok Guru langsung tak menyebut berkaitan parti atau mengenai calon KEADILAN.

"Tok Guru dalam ucapannya memberikan peringatan bahawa hal politik dan agama tak boleh dipisahkan dan pemilihan ini akan di bawa ke akhirat, akan ditanya oleh Allah SWT dan sebagainya", jelas Khalid lagi.

Tegas beliau, Pakatab Rakyat tidak pernah mempolitikkan masjid tetapi Umno sentiasa melanggar perintah Sultan sambil menunjukkan sekeping gambar kain rentang Barisan Nasional yang digunakan semasa kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor.

Kain rentang itu jelas tertulis 'Majlis Bacaan Yaasin dan Solat Hajat untuk calon BN Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor'.

"Inilah politik berpartisan, di mana mereka mengadakan satu majlis untuk calon BN di masjid berkenaan. Dari segi politik berpartisan, BN adalah pihak yang bersalah," tegas beliau.

Menurut kain rentang itu, majlis yang diadakan pada 23 April di MAsjid Jamek Ar-Rahimah Kuala Kubu Baru, dua hari sebelum pilihan raya jelas menunjukkan bagaimana BN memanipulasikan masjid untuk menyebarkan propoganda parti.

"BN adalah pihak yang terbukti bersalah dalam hal ini dan saya hanya khuatir perkara ini tidak disampaikan kepada DYMM Sultan Selangor," ujar beliau.

Isnin, 3 Mei 2010

Pemuda Umno Hulu Selangor gesa SPRM siasat salah laku Pakatan

THE MALAYSIAN INSIDER

PUTRAJAYA — Pemuda Umno Hulu Selangor hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat dakwaan salah laku beberapa pemimpin pakatan pembangkang semasa pilihan raya kecil kawasan Parlimen itu baru-baru ini.

Laporan itu dibuat Pengerusi Unit Media Baru Pemuda Umno Hulu Selangor, Mohd Jefrin Mat Tu di pejabat SPRM di sini.

Bercakap kepada pemberita, Mohd Jefrin berkata beliau membuat laporan itu selepas menerima sepucuk surat yang dihantar ke rumahnya Jumaat lepas yang mengandungi laporan termasuk gambar mengenai salah laku pemimpin pakatan pembangkang.

“Saya tidak pasti siapa yang hantar tetapi dalam laporan dua muka surat itu yang saya percaya pengundi di Hulu Selangor, telah senaraikan kira-kira 20 salah laku pemimpin terbabit.

“Saya percaya individu yang hantar laporan ini mahu saya masukkan dalam blog tetapi saya meminta SPRM supaya menyiasat kandungan laporan ini,” katanya.

Rasuah PRK Hulu Selangor: Najib Boleh Dihukum Penjara 2 Tahun Dan Denda RM5,000

KELAB GREENBOC


Semangat juang Zaid untuk selamatkan sistem pilihan raya.

Oleh Kim Quek

Akhirnya, kita mempunyai seorang pemimpin yang berani tampil ke depan mengambil tindakan undang-undang terhadap sistem pilihan raya yang tercemar di Malaysia, kini tidak terkawal lagi.

Kita lihat bagaimana pemimpin Pakatan Rakyat (PR), Zaid Ibrahim, tewas dengan majoriti yang kecil kepada calon Barisan Nasional (BN) dalam satu pertandingan yang paling korup dan paling kotor dalam sejarah pilihan raya di negara ini.

Zaid akan mengambil tindakan undang-undang bagi memulihkan sistem pilihan raya yang telah rosak seperti mana yang diperlihatkan dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor baru-baru ini.

Selain menuntut untuk mengisytiharkan keputusan pilihan raya itu sebagai terbatal, beliau juga akan menyaman Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) kerana melanggar Perlembagaan dan kegagalan SPR untuk menjalankan tugas dengan adil tetapi sebaliknya memihak kepada politik BN.

Tambahan pula, beliau juga akan menyaman akhbar Utusan Malaysia, yang dikuasai oleh Umno kerana melancarkan kempen memburuk-burukkan peribadi beliau.

Pilihan raya kecil kali ini dicemari dengan ugutan, merubah senarai pengundi, serangan peribadi dan rasuah secara berleluasa manakala SPR dan pihak polis secara terang-terang memihak kepada BN.

Malahan gejala rasuah begitu teruk – membeli undi secara terbuka dengan menggunakan dana orang ramai berjumlah jutaan ringgit sehingga melibatkan projek-projek yang tidak terhitung jumlahnya.

Zaid menyifatkan Perdana Menteri Najib Tun Razak yang mengetuai kempen pilihan raya sebagai "sesuatu yang memalukan dan tidak pernah berlaku dalam sejarah."

Mengenai pencabulan yang melampaui batas terhadap peraturan dan undang-undang pilihan raya, SPR terus membisu.


Apabila berdepan dengan kritikan tanpa henti, Pengerusi SPR Abdul Aziz Mohd Yusof dilaporkan dalam sebuah akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Press bertarikh 29 April sebagai berkata:

"Membenteras rasuah adalah bukan bidang pengkhususan kami. Tugas kami ialah menyediakan sebuah padang permainan yang adil untuk pertandingan dalam pilihan raya. Bagaimanapun, kami tetap mengalu-alukan sebarang aduan daripada mereka yang mempunyai butiran lanjut.

"Jika sesebuah projek itu dirancang lebih awal dan secara kebetulan dilaksanakan dalam waktu kempen pilihan raya, ianya bukan rasuah.

Saat meluluskan peruntukan itu adalah penting di sini, sama ada para pengundi keluar keluar mengundi kerana projek-projek itu.

"Pakatan Rakyat telah memenangi tujuh dari 10 pilihan raya yang diadakan sejak pilihan raya umum lalu tetapi masih membuat aduan bahawa SPR memihak kepada BN.

Saya berharap para peserta yang terlibat dengan pilihan raya sedar bahawa memenangi pilihan raya adalah disebabkan sokongan orang ramai dan bukan "pertolongan" daripada SPR," demikian apa yang diucapkan oleh Abdul Aziz.

Ini adalah karut semata-mata. Kita tidak dapat menerima alasan kononnya kemungkinan projek-projek "dirancang lebih awal" dan "secara kebetulan" apabila melihat kepada bilangan, saiz projek dan geran yang diumumkan dalam tempuh masa yang singkat.

Meraih sokongan dalam pilihan raya dengan mengumumkan "gula-gula" secara terbuka dan disaksikan oleh ribuan manusia serta sama ada penerima "gula-gula" mengundi pihak yang memberi "gula-gula" adalah isu rasuah yang tidak relevan di sini.

Dan hakikat pada akhirnya, Pakatan memenangi lebih banyak kerusi pilihan raya kecil berbanding BN tidak bererti SPR tidak menyokong BN.

Adalah sesuatu yang memeranjatkan apabila pengerusi SPR memberi alasan yang tidak logik dan remeh semata-mata untuk menyembunyikan kesalahan dan kelemahan SPR.


Tetapi insiden rasuah yang mendapat publisiti paling meluas dilakukan oleh Najib sendiri ketika berdepan dengan para pengundi Rasa menjelang hari mengundi pada 25 April lalu.

Beliau memberitahu penduduk, jika BN menang, beliau sendiri akan menyerahkan geran sebanyak RM3 juta kepada Sekolah Rendah Kebangsaan Cina Rasa pada hari keesokannya dan wang itu akan disalurkan kepada akaun bank pihak lembaga sekolah.

Najib menambah, "jika kami kalah, tidak perlu datang." Berita ini dilaporkan dalam akhbar dan internet dan Najib tidak menafikannya.

Apa lagi bukti SPR mahu sebelum bertindak?

Insiden yang satu ini sudah cukup untuk mendakwa Najib melakukan rasuah di bawah Seksyen 10, Akta Kesalahan Pilihanraya 1954, dan jika sabit kesalahan boleh dihukum di bawah Seksyen 11, iaitu hukuman maksimum penjara dua tahun dan denda RM5,000. Selain itu, beliau boleh digantong dari bertanding dalam pilihan raya selama lima tahun.


SPR sering mengeluh ia tidak memiliki kuasa siasatan dan tidak ada kepakaran dalam membenteras rasuah, tapi saya ingin mengingatkan SPR bahawa ia memiliki tugas dan kuasa di bawah Seksyen 5, Akta Pilihanraya 1958.

Untuk tugas-tugasnya, Akta itu menyebut "SPR boleh mengawasi dan mengawal etika perjalanan pilihan raya dan boleh menguatkuasakan ke atas para pegawainya supaya berlaku adil, tidak berat sebelah dan mematuhi Bahagian VIII Perlembagaan dan Akta ini dan peraturan-peraturan yang tertakluk di bawahnya."

Sementara mengenai kuasa-kuasanya yang ada, Akta itu menyebut bahawa SPR "boleh mempunyai bidang kuasa untuk mengarah para pegawai pilihan raya seperti mana yang difikirkan perlu oleh Suruhanjaya untuk memastikan pelaksanaan pilihan raya menurut Bahagian VIII Perlembagaan dan Akta ini."

SPR juga mempunyai kuasa untuk mentadbir apa-apa peraturan dan melaksanakan apa-apa tugas yang diamanah dan dikuatkuasakan ke atasnya oleh Akta itu.


Umum mengetahui bahawa SPR tidak mempunyai kepakaran dan tenaga kerja yang sama seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi menangani gejala rasuah dan menahan mereka yang korup.

Tetapi ini tidak bermakna SPR boleh bersikap lebih tangan apabila berdepan dengan amalan rasuah yang berleluasa hingga menjejaskan peranannya sebagai orang tengah bagi mempastikan pilihan raya yang bebas dan adil.


Lebih memburukkan keadaan, apabila SPR didapati mengamalkan politik berpihak dengan mengubah tempat mengundi bagi sebahagian pengundi tanpa notis lebih awal.

Perbuatan memindahkan pengundi ke tempat mengundi yang lain telah menafikan sebilangan pengundi dari melaksanakan hak mereka untuk mengundi dengan secara tidak mengikut perlembagaan.

Parti pemerintah BN telah bermain politik kotor dalam setiap pilihan raya sejak lima dekad yang lampau. Ini menyebabkan sistem pilihan raya kita tercemar hingga mengucar-kacirkan asas ketetapan Perlembagaan kita – bahawa sesebuah kerajaan itu dibentuk mengikut kehendak rakyatnya secara bebas.

Tindakan SPR membiarkan petualang-petualang ini mencetuskan kacau beliau pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor tanpa diambil sebarang tindakan bermakna menggalakkan tindakan-tindakan jenayah dengan menggadai hak rakyat yang penting ini.

Adalah menjadi tugas setiap rakyat untuk bangkit dan menuntut hak mereka sekarang dengan memberi sokongan penuh kepada Zaid Ibrahim dalam usaha murni beliau untuk memulihkan proses pilihan raya yang telah sekian lama tercemar.


-Terjemahan oleh Zainal Abidin Nor, siaran FMT.

Ahad, 2 Mei 2010

Mafrel: SPR Perlu Kemuka Laporan Kepada Parlimen

SUARA KEADILAN

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)perlu menghantar laporan pilihan raya ke Parlimen supaya anggota Dewan Rakyat boleh membahaskan kandungan laporan bagi mengelakkan tanggapan negatif rakyat terhadap badan itu.

Pengerusi Badan Pemantau Pilihan Raya Bebas Malaysia (Mafrel), Syed Ibrahim Syed Noh sepanjang pengetahuannya SPR tidak pernah menghantar sebarang laporan kepada Parlimen untuk diteliti dan dibahaskan.

Beliau berkata ini adalah perlu bagi mengelak sebarang persoalan dan percanggahan pendapat yang timbul selepas tamatnya satu-satu pilihan raya.

"Walauoun SPR tidak diwajibkan untuk memberi laporan pilihan raya kepada mana-mana pihak amalan ini perlu diubah jika SPR ingin dilihat sebagai satu badan yang telus dan adil.

"Parlimen perlu mendesak dan meneliti laporan SPR setiap kali adanya pilihan raya sebagai satu kaedah kawalan untuk memastikan ketelusan SPR," kata beliau kepada Suara Keadilan.

Syed Ibrahim juga menambah keyakinan rakyat semakin berkurangan terhadap SPR dan pilihan raya yang dikendalikan badan itu kerana wujudnya pelbagai dakwaan kepincangan, yang terbaru semasa pilihan raya kecil Hulu Selangor.

Beliau menerangkan walaupun SPR memantau dan melaksanakan pilihan raya, isu salahlaku pilihan seperti aduan provokasi dan percanggahan tempat mengundi perlu dikemukakan kepada pihak polis untuk disiasat dan diambil tindakan.

Begitu juga jika terdapat aduan rasuah, perlu dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

"Wujudnya halangan bidang kuasa SPR dengan PDRM dan SPRM menyebabkan sesuatu isu tidak dipantau oleh SPR tetapi SPR boleh mengambil inisiatif untuk memastikan isu tersebut diselesaikan," kata Syed Ibrahim.

Katanya lagi, perlu ada kemahuan dari pihak SPR untuk menyelesaikan isu yang dibangkitkan pilihan raya walaupun ianya di luar bidang kuasa SPR.

Dalam pilihan raya Hulu Selangor yang lalu, campurtangan pihak lain dalam urusan SPR perlu dihentikan bagi memastikan SPR mampu berfungsi sebagai badan yang bebas dan adil.

"Perlu ada satu reformasi besar di dalam SPR supaya campurtangan pihak lain dapat dihapuskan sama sekali dan mengembalikan keyakinan rakyat kepada perlaksanaan pilihan raya oleh SPR," tegas Syed Ibrahim.


Hulu Selangor: Senarai induk janji BN Selasa ini

Oleh G. Manimaran


HULU SELANGOR — Barisan Nasional (BN), yang merampas semula kerusi Parlimen Hulu Selangor Ahad lalu, bergegas untuk menyediakan senarai induk janjinya minggu ini, yang Pakatan Rakyat dakwa melibatkan nilai lebih RM100 juta, untuk dilaksanakan sebelum pilihan raya umum ke-13.

Pertemuan pertama ini akan diadakan Selasa ini.

Ia dijangka dipengerusikan oleh Timbalan Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar, yang turut merupakan penyelaras pelaksanaan janji-janji yang dibuat BN sepanjang lapan hari kempen pilihan raya kecil itu.

Noh, yang juga Timbalan Pengerusi Umno Selangor telah dilantik sebagai penyelaras pelaksanaan janji-janji BN di Hulu Selangor.

Ketika mengesahkan perkara itu di sini semalam, Ahli Parlimen Hulu Selangor yang baru, P. Kamalanathan berkata, mesyuarat itu akan turut dihadiri ketiga-tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dalam bahagian Parlimen Hulu Selangor.

Dua daripada tiga Adun berkenaan merupakan wakil Umno manakala seorang lagi wakil MCA.

“Pertemuan ini membabitkan wakil parti-parti komponen,” katanya.

“Ini pertemuan pertama di mana kami akan menyelaraskan segala janji dan program yang telah dibuat semasa kempen... langkah ini penting untuk membolehkan kesemua janji dapat disenaraikan dan dijadikan satu senarai induk untuk dilaksanakan,” kata Kamalanathan kepada The Malaysian Insider.

Kamalanathan tidak dapat menentukan tempoh pelaksanaan janji BN, tetapi sekadar berkata, “ada yang boleh dilaksanakan dalam jangka pendek dan ada yang memerlukan masa yang lama.”

Semalam Kamalanathan bersama Naib Presiden MIC Datuk M. Saravanan melawat Ladang Nigel Gardener di Bukit Tagar di sini. Kawasan itu merupakan antara lokasi persinggahan beliau sejak Isnin lalu.

Setakat ini, menurut Kamalanathan, tiga janji utama telah ditunaikan oleh BN iaitu pembayaran RM50,000 kepada bekas-bekas peneroka Felda Sungai Buaya, yang diselesaikan sehari selepas hari pengundian.

Dua yang lain ialah sumbangan RM3 juta kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pekan Rasa dan kelulusan tanah kepada sebuah kuil di Kalumpang yang tidak diatasi sejak lebih lima dekad lamanya.

“Tiga janji utama ini sudah diselesaikan dalam seminggu ini dan beberapa janji lain turut ditunaikan,” katanya ketika ditemui sempena seminggu menjadi wakil rakyat baru bagi kawasan Hulu Selangor.

Mengenai jumlah janji yang telah diumumkan sepanjang kempen pilihan raya, Kamalanathan berkata, beliau tidak pasti angka.

“Saya tidak dapat memberi jumlah sebenar, tetapi parti-parti komponen ada yang memberikan janji berdasarkan permintaan pengundi, jadi kita kena selaraskan untuk dilaksanakan,” katanya.

Pertemuan Selasa ini diadakan susulan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Isnin lalu menafikan dakwaan sesetengah pihak kononnya BN terbabit dengan perbuatan membeli undi untuk memenangi pilihan raya kecil Hulu Selangor.

Perdana Menteri berkata pelaksanaan projek-projek yang diumumkan di Hulu Selangor adalah bagi menangani pelbagai yang dihadapi penduduk tempatan yang sudah berlarutan sekian lama.

Pembangkang mendakwa kononnya BN membelanjakan RM167 juta bagi melaksanakan pelbagai projek untuk meraih undi di Hulu Selangor.

Kamalanathan menewaskan Datuk Zaid Ibrahim dari Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor dengan majority 1,725 undi. Calon BN itu menerima 24,997 undi manakala Zaid memperolehi 23,272 undi.

Perdana Menteri memberi contoh projek pembinaan persimpangan bertingkat dekat Sungai Buaya, yang menurutnya bertujuan menangani masalah orang ramai di kawasan berkenaan.

Najib berkata beliau merasa gusar dengan tuduhan yang dilemparkan oleh pembangkang berhubung perkara itu.

Sabtu, 1 Mei 2010

Pilihan Raya Kecil Dari mana datangnya tambahan 2,108 undi BN?

Oleh: Mat Zain Mat Isa


Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor telah melabuhkan tirainya, Ahad (25 April) lalu. Selepas berhempas pulas dengan segala taktik dan strategi, termasuk memanipulasi segala kekuatan dan kekuasaan dimilikinya, Barisan Nasional (BN) akhirnya berjaya menawan kembali kerusi yang terlepas ke tangan Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) pada pilihan raya umum, 2008 itu.

Calon BN, Kamalanathan a/l Panchanathan dari MIC mengenepikan tentangan Dato’ Zaid Ibrahim (KeADILan) dengan majoriti 1,725 undi. Beliau memperolehi 24,997 undi berbanding Zaid yang mendapat 23,272 undi.

Jumlah dipungut Kamalanathan itu merupakan peningkatan 2,018 undi berbanding 22,979 undi dikutip Dato’ Palanivel a/l Govindasamy pada 2008. Manakala undi diperolehi Zaid juga menunjukkan penambahan, biar pun hanya 95 undi berbanding 23,177 undi diperolehi Allahyarham Dato’ Dr Zainal Abidin Ahmad.

Perolehan lebih 2 ribu undi tadi membolehkan BN menimbus kemenangan KeADILan dengan majoriti hanya 198 undi pada pilihan raya lalu. Meski pun menang, pencapaian BN itu jika dinilai dari berbagai sudut tidak melambangkan kejayaan membanggakan. Berbanding segala macam tindakan politik yang difokuskannya ke Hulu Selangor bermula sebaik kematian Allahyarham Zainal, 25 Mac lalu, jumlah perolehan undi sebanyak itu amat tidak berbaloi.

Pertama, ia terlalu tidak setanding dengan peruntukan segera berjumlah puluhan juta dilulus dan dijanjikan BN untuk berbagai projek pembangunan bertujuan memancing sokongan penduduk setempat. Hampir tidak ada sektor masyarakat di Hulu Selangor yang tidak terlibat dengan taburan “gula-gula pilihan raya” BN itu.

Peneroka Felda menerima pampasan, sekolah Cina dijanjikan peruntukan pembangunan. Masjid dan kuil dihulurkan bantuan kewangan, manakala pengguna lebuh raya juga ada bahagian dalam janji pembangunan dibuat BN.

Malangnya, di sebalik segala “kemurahan hati” itu, BN hanya berupaya menambat lebih 2 ribu pengundi tambahan kepadanya. Ia sebaliknya gagal mengurangkan jumlah undi dipungut parti lawan.

Kedua, apa yang dicapai BN juga tidak memadai berbanding segala bentuk manipulasi media cetak dan elektronik dikuasainya untuk memburukkan parti lawan. Laporan media-media itu hampir tepu dengan paparan amat berat sebelah, yang sengaja diolah demi keuntungan BN.

Menambah kesengetan keadaan itu ialah apabila media siber pro-BN turut melacurkan kebebasan mereka untuk menyebarkan fitnah terhadap Pakatan Rakyat (PR), khususnya KeADILan.

Ketiga, pencapaian BN itu tidak sepadan dengan dosa dan kesan negatif jangka panjang yang bakal diterimanya hasil manipulasi jahat isu-isu melibatkan peribadi beberapa pemimpin PR, terutama Penasihat KeADILan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Zaid sendiri.

Umpamanya, rakyat dapat melihat bagaimana isu peribadi Zaid yang dikatakan kaki botol dan tahi judi akhirnya menikam diri BN sendiri. Pihak paling terpukul dengan isu itu rupa-rupanya ialah para pemimpin Umno. Banyak bukti dan fakta tak semena-mena tertonjol ke pengetahuan umum menerusi media alternatif berhubung penglibatan sebilangan pemimpin utama parti tua dan nazak itu dengan dua dosa besar di sisi agama Islam, iaitu arak dan judi.

Keempat, taktik dan strategi BN mendalangi beberapa siri pengumuman keluar parti oleh kumpulan pengkhianat KeADILan juga tidak memberikan kesan signifikan terhadap jumlah sokongan kepada parti itu.

Rakyat Hulu Selangor agak bijak untuk tidak melayan taktik lapuk BN itu. Sebab itu kita lihat jumlah undi diperolehi KeADILan bukan sahaja tidak merosot, sebaliknya semakin bertambah.

Secara numerikal jika diteliti fakta-fakta PRK ini dan dibandingkannya dengan fakta pilihan raya lalu, dapat kita andaikan kemungkinan dari mana datangnya perolehan 2,018 undi tambahan kepada BN itu.

Tidak syak lagi pertambahan peratusan keluar mengundi menjadi dorongan utama. Jumlah 48,935 keluar mengundi dalam PRK ini merupakan peningkatan sebanyak 1,313 pemilih berbanding 47,622 pada 2008. Jumlah itu mungkin termasuk kesemua 108 pemilih baru dan selebihnya adalah mereka yang tidak keluar mengundi pada 2008.

Ia bagaimana pun tidak semua pergi kepada BN, mengambilkira 95 undi tambahan diperolehi KeADILan. Ertinya kita andaikan BN berjaya memanfaatkan 1,218 pengundi tambahan untuk memihaknya.

Jumlah kertas undi rosak juga menampakkan kemerosotan. Jika pada 2008, jumlahnya ialah 1,446, pada PRK ini undi rosak dicatatkan hanya 731. Ertinya, sebanyak 735 pemilih telah berjaya “dididik” untuk mengundi dengan betul. Malangnya, besar kemungkinan juga kesemua jumlah itu memihak BN.

Kedua-dua angka tadi (1,218 dan 735) menghasilkan 1,953 undi tambahan kepada BN. Baki lagi 65 undi dikatakan hasil peningkatan undi pos untuk BN.

Berdasarkan fakta itu dapat kita simpulkan bahawa kekalahan Zaid tidak melambangkan rakyat Hulu Selangor termakan dengan propaganda tidak bermaruah oleh jentera kempen BN.

Begitu juga, BN tidak boleh mendakwa kemenangannya kerana faktor-faktor kebaikan dicurah atau dilaungkannya. Ia bukan kerana rakyat menerima konsep 1Malaysia, bukan kerana rakyat semakin mengiktiraf kepimpinan Dato’ Seri Najib Razak dan bukan juga kerana pengundi kembali mahukan BN. Jauh sekali untuk mendakwa ia petanda kebangkitan semula BN untuk kembali menawan Selangor.

Pengundi tak puas hati buat laporan polis

S Pathmawathy



Beberapa pengundi Hulu Selangor yang tidak puas hati hari ini membuat laporan polis berhubung pengagihan wang tunai yang didakwa tidak setara dalam pilihan raya kecil parlimen itu Ahad lalu.

Ditemui di ibu pejabat polis di Kuala Kubu Bharu, wakil pengundi itu, Othman Moin berkata seramai 10 Orang Asli dari pelbagai kawasan di parlimen tersebut telah membuat laporan polis tersebut.

"Hari ini mereka berada di sini kerana tidak berpuashati dengan cara pengagihan wang tunai diuruskan... aduan mereka menyentuh pelbagai perkara," kata Othman (kanan, berjaket).

Beliau menambah, ada dari kalangan mereka kecewa apabila wang tunai untuk mengundi pihak tertentu seperti yang diarahkan tidak ditunaikan dan ada juga datang ke situ kerana mereka diugut.

Othman memberitahu terdapat 10 laporan polis dibuat. Bagaimanapun hanya seorang sahaja yang kelihatan memegang salinan laporan polis itu.

Menurut Chambah Mohamad, 53, dari Kampung Orang Asli di Serendah pula, pihak pengurusan pengundian di kampungnya menjanjikan wang tunai sejumlah RM100 setiap orang selepas mengundi.

Calon berhak kemuka petisyen

SINAR HARIAN ONLINE



SHAH ALAM – Pengerusi Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, calon pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim mempunyai hak memfailkan petisyen sekiranya tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya itu.

“Walau bagaimanapun, SPR akan kemukakan bukti yang menyokong keputusan tersebut di mahkamah nanti,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, sepanjang 10 pilihan raya kecil yang diadakan selepas Pilihan Raya Umum 12 (PRU 12), pembangkang memenangi tujuh daripada jumlah itu berbanding tiga memihak kepada Barisan Nasional (BN).

“Yang tujuh itu adakah SPR tidak menjalankan fungsi dengan baik sehingga pembangkang menang?” katanya.

Abdul Aziz berkata, sepanjang pilihan raya, peranan SPR mahupun jenteranya tidak pernah berubah.

Kelmarin, Zaid mengumumkan akan memfailkan petisyen untuk mengisytiharkan PRK Hulu Selangor tidak sah dan ditarik balik.

Zaid mendakwa SPR berat sebelah dan memihak kepada BN kerana tidak menghalang pembelian undi malah dilihat berusaha memindahkan nama pengundi ke tempat lain tanpa pengetahuan mereka.

PRK Hulu Selangor – Tuan Guru mangsa media

Wan Nik Wan Yussof


Banyak pihak berpandangan peranan media massa, khususnya surat khabar adalah penyampai maklumat dan pencetus kesedaran rakyat. Peranan itu amat popular zaman berzaman. Di atas kekuatan peranan media massa inilah, maka setiap kali kempen pilihan raya media massa telah dimanfaatkan sebagai penghubung antara parti, calon dan pemimpin parti dengan pengundi. Ini kerana media massa, khususnya surat khabar dan radio-tv dapat memanjangkan isu-isu pilihan raya yang dibangkit oleh parti-parti yang bertanding.

Namun, peranan media massa akan dipertikaikan apabila terlibat dengan penyebaran maklumat yang berat sebelah atau tidak adil dalam laporannya. Perkara ini akan berlaku tatkala media massa berkenaan mula dipengaruhi agenda tersembunyi (the hidden agenda) oleh pihak tertentu. Lebih teruk lagi apabila media massa berkenaan telah dipengaruhi matlamat perniagaan dan putaran isu sensasi yang memacu circulation dan volume pembaca atau penonton.

Justeru itu, peranan dan pengaruh media massa arus perdana, khususnya surat khabar dan radio-tv dikira paling tinggi pengaruhnya. Ia menyebabkan pihak kerajaan telah mengawal sepenuhnya agenda berita media massa arus perdana bagi memastikan segala program dan dasar-dasar kerajaan dapat diterima oleh rakyat.

Walau pun begitu, peranan media massa musim kempen pilihan raya paling jelas menjadi mata rantai kepada agenda parti-parti yang bertanding, bukan lagi penyambung dasar kerajaan. Semasa pilihan raya kecil Hulu Selangor (17-25 April 2010) kempen Barisan Nasional jelas dimanipulasikan untuk menghentam dan memburukkan calon, pemimpin dan parti lawan – Pakatan Rakyat.

Malah secara sedar akhbar dan radio-tv dilihat berperanan mengikut selera parti berkuasa (Barisan Nasional) yang mengawal atau memiliki kepentingan dalam media massa berkenaan. Tujuannya tidak lain ialah untuk mempengaruhi pemberitaan/pendedahan isu supaya rakyat responsif dan positif kepada parti/pihak calon Barisan Nasional.

Walau bagaimana pun, apa jadahnya pihak pengurusan media massa dikuasai Barisan Nasional semasa pilihan raya Hulu Selangor apabila didapati begitu ghairah mensasarkan pukulan maut (killing characters) terhadap Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Hassan Ali. Isu yang digunakan adalah penggunaan masjid untuk tujuan politik dan diadukan dengan perintah Sultan Selangor dan larangan jabatan agama Islam Selangor.

Berikutan kehadiran Tuan Guru sekembali daripada umrah di tanah suci, nyata perangkap media massa telah di pasang, apabila pemberita upahan dari media masaa berkenaan menghujani persoalan penggunaan masjid dan surau untuk tujuan politik (musim pilihan raya).

Perangkap yang sama dikenakan terhadap Datuk Hassan tatkala Datuk Zahid Hamidi dan akhbar Utusan Malaysia (pada sehari sebelum hari mengundi dan diulangi lagi pada hari mengundi 25 April) turut memfitnah khutbah Datuk Hassan didakwa tidak sah kerana tidak disebut selawat nabi. Hal inilah menyebabkan Datuk hassan mengemukakan saman terhadap Zahid dan Utusan Malaysia.

Persoalannya, apakah permainan media massa tersebut adalah didorong secara rasional oleh disiplin media massa, atau didorong oleh kehendak Barisan Nasional yang terdesak dan inginkan kemenangan besar majoriti 6,000 undi seperti mana disebut Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yasin (Malaysiakini, 25 April). Apa pun, pihak media massa berkenaan nyata akan mencapai peningkatan volume penonton dan pembaca.

Apa yang pasti, permainan media massa tersebut telah membawa impak negatif terhadap integriti menteri besar Kelantan atau menjejaskan reputasi exco kerajaan negeri Selangor. Apa yang penting, cara pemberitaan yang bernada fitnah itu sudah pasti akan dipuji Umno dan semua orang Umno akan tertarik membeli dan membacanya. Hal ini terbukti apabila pihak jentera Barisan Nasional turut mengedar secara percuma akhbar tersebut kepada pengundi pada tarikh-tarikh kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor.

Apa pun, peranan media massa harus dipadukan dengan moral. Sewajarnya pemain dan pengamal media massa dan kapitalisnya harus melihat prinsip kebenaran dan keadilan. Prinsip ini boleh dijayakan sekiranya melihat secara tawaduk nilai mengutamakan moral di dalam proses maklumat (moral first in information). Sebenarnya prinsip ini hanya ada kepada pemain, pengamal dan kapitalis media massa yang beragama sahaja.

Jika begitu, mungkin radio-tv dan akhbar berkenaan adalah kelompok media massa yang tidak termasuk di dalam lingkungan media massa beragama. Selayaknya, akhbar yang memfitnah Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Datuk Hassan atas isu yang dicipta itu sebenarnya layak diberi title 'media pembuli' dan rasionalnya ia disaman.

Semoga Tuhan yang Esa memberi petunjuk dan hidayah ke atas golongan pembuli dan masukkan iman serta takwa di lubuk hati mereka. sedia hadapi tindakan Umno.

* Wan Nik Wan Yussof Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan merangkap Timbalan Pengarah 1 Jabatan Pilihan Raya PAS Kelantan.

Jumaat, 30 April 2010

Agihan kerusi seimbang bantu BN menang'

'Salhan K Ahmad



Pengagihan kerusi seimbang di kalangan kaum Melayu, Cina dan India digariskan sebagai salah satu daripada lima penyumbang utama kemenangan BN dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor, kata ketua penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata, Pakatan Rakyat tidak membuat pertimbangan seperti itu, menyebabkan calon PKR Datuk Zaid Ibrahim tewas dalam pilihan raya kecil itu hujung minggu lalu.

"Kita lebih adil daripada pembangkang. Adilnya BN sebab letakkan calon India di Hulu Selangor," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

Jelasnya, seramai 52.7 peratus masyarakat Melayu diwakili oleh dua orang ADUN, bagi 50 peratus daripada jumlah kerusi di kawasan itu.

Seramai 26.3 peratus masyarakat Cina pula diwakili oleh seorang lagi ADUN, manakala kerusi parlimen pula diberikan kepada calon India, mewakili 14.3 peratus daripada masyarakat itu, katanya.

"Pembangkang letak calon Cina di DUN Kuala Kubu Bahru pada 2004. Pada 2008, mereka ambil tiga calon Melayu - 75 peratus daripada kerusi sebab letakkan tiga calon Melayu.

"Ini bermakna mereka tidak menghormati orang Cina. Yang adil sebenarnya ialah BN, jadi keadilan (dalam nama PKR) itu boleh buanglah sebab tidak adil," katanya.

Turut digariskannya ialah "kesepaduan jentera BN" termasuk jentera angkat dari kawasan dan juga negeri, selain usaha pengerusi parti itu sendiri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga turun padang untuk mendekati pengundi.

Menurut Ahmad lagi, kegagalan ahli parlimen terdahulu dalam membangunkan kawasan itu juga menyumbang kepada kemenangan BN, termasuk tahap pencapaian kerajaan negeri Selangor bawah Pakatan.

Kelima, katanya, ialah faktor calon BN (P Kamalanathan) orang Rawang yang terletak berdekatan dengan Hulu Selangor.

'Dia telah lakukan yang terbaik untuk berjumpa pengundi, jadi dia nampak sebagai calon yang dedikasi.

"(Zaid Ibrahim) masih dengan stigma bahawa dia orang Kota Bharu," kata Ahmad.

1Malaysia gagal raih undi Cina


mustafa_ali_bernama Oleh Rahmah Ghazali


KUALA LUMPUR: Walaupun Barisan Nasional memenangi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor tetapi masih ada yang merisaukan pakatan pemerintah iaitu mengenai pengundi Cina.

Setiausaha agung PAS Datuk Mustapha Ali berkata, 70 peratus pengundi Cina telah mengundi calon PKR Datuk Zaid Ibrahim memberikan isyarat jelas mereka tidak terpesona dengan konsep 1Malaysia ciptaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Mereka fikir konsep 1Malaysia yang dicanangkan oleh pemimpin BN memalukan tidak seperti konsep keadilan Pakatan Rakyat ," Mustapha memberitahu wartawan di ibu pejabat parti itu di sini baru-baru ini.

Beliau juga merasa pengundi bosan dengan krisis kepimpinan MCA dan isu perkauman yang dimainkan oleh Umno.

"Mereka mungkin kecewa dengan (kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin," katanya merujuk kepada kenyataan kontroversi "Saya Melayu pertama, Malaysia kedua" mengejutkan ramai kaum minoriti di negara ini.

Dalam pilihanraya kecil itu, ramai pengundi Cina mengundi pembangkang terutama di bandar utama seperti Kalumpang, Kuala Kubu Baru dan Rasa.

Tiga alasan utama Pakatan kalah

Mustapha berkata, BN memfokuskan tiga kawasan utama untuk melemahkan kekuatan PKR iaitu peneroka Felda, Orang Asli dan orang India di estet.

"Di Felda, kita boleh kata 60 peratus mengundi BN dan berikutan penempatan semula Orang Asli di mana saluran mengundi satu tempat, jentera parti dapat mengawal mereka dengan mudah.

Begitupun, PKR masih menembusi kawasan bandar dan pinggir bandar Melayu di kubu kuat Umno terutama di Hulu Bernam.

"PKR menerima undi lebih banyak dari BN di kawasan ini tetapi di kawasan Felda merupakan simpanan tetap kepada mereka ketika pilihanraya," katanya.

Mustapha berkata sebagai contoh, penyokong Melayu di Felda Sungai Buaya berpaling arah kepada BN apabila kerajaan mengumumkan pembinaan lebuhraya bertingkat di kawasan itu selepas menunggu 15 tahun.

Ini bermakna pemaju yang mengambil tanah dari bekas peneroka masih boleh membayar baki pampasan yang begitu lama tertunggak.

Seluruh Jentera BN Hanya Mampu Raih Majoriti Kecil

Oleh Halik Zaman


TUARAN - Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Sabah, Ahmad Thamrin Jaini menyatakan keputusan pilihan raya kecil Hulu Selangor yang baru lalu tidak menggambarkan parti itu kehilangan sokongan daripada rakyat Hulu Selangor.

Malah sokongan rakyat nampak bertambah walaupun di kawasan Hulu Selangor ketiga-tiga Dewan Undangan Negeri adalah milik Barisan Nasional.

Ahmad Thamrin berkata demikian dalam sesi dialog dan analisa politik kepada 200 petugas KEADILAN cabang Tuaran yang dianjurkan oleh Datuk Kalakau Untol di Kampung Roun Topokan.

"Seluruh tenaga Umno-BN termasuk Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, semua Menteri Kabinet dan Timbalan Menteri, semua Menteri Besar dan Ketua Menteri, semua Presiden parti komponan dan disokong pula oleh projek beratus juta ringgit serta rasuah secara terang-terangan, namun kemenangan tipis yang tidak berbaloi berpihak kepada Barisan Nasional. Sepatutnya majoriti yang BN dapat tidak kurang dari 10,000 undi ke atas.

"TV1, TV2, TV3 dan Astro memainkan peranan terus mengutuk Pakatan Rakyat berhabis-habisan serta pula buat 'coverage' calon BN sehingga Kamalanathan buat roti canai, makan dan minum pun ditayangkan dalam TV. Ini satu kempen yang tidak bermaruah dan hasilnya satu kemenangan yang memalukan," tegas Ahmad Thamrin baru-baru ini.

Beliau berkata sebaliknya rakyat Malaysia berbangga dengan pencapaian undi yang diperolehi oleh calon Pakatan Rakyat.

"Sekurang-kurangnya BN walaupun menang tapi malu besar cuma mendapat majoriti 1,000 lebih sikit padahal atas tiket parti yang memerintah kerajaan kononnya 1Malaysia," perlinya.

Ahmad Thamrin menyeru kepada semua tenaga kerja Pakatan Rakyat di Sabah melipatgandakan usaha mereka bagi menghadapi jentera Umno-BNpada pilihan raya akan datang.


Keputusan memalukan: MCA siasat 'sabotaj'

BERNAMA




Unsur sabotaj di kalangan anggota MCA merupakan antara faktor menyebabkan kemerosotan sokongan pengundi Cina kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor, Ahad lalu.

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata unsur sabotaj itu berlaku ketika beliau turun padang ke pekan Kuala Kubu Baharu pada hari pengundian dan mendapati tiada ahli dari dua cawangan MCA di situ membantu meraih undi di pusat pengundian di situ.

"Ia mungkin menjadi salah satu faktor kerana sekiranya mereka tidak datang dan membantu, saya fikir mereka juga tidak mengundi kepada BN," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat majlis presiden di Wisma MCA di Kuala Lumpur, hari ini.

Berikutan insiden itu, Dr Chua telah mengarahkan setiausaha agung parti Datuk Seri Kong Cho Ha, yang juga ketua penyelaras MCA pusat bagi pilihan raya kecil itu, menyiapkan satu laporan dan analisis berkaitan keputusan pilihan raya kecil tersebut.

Katany
a parti itu akan membincangkan tindakan susulan selepas menerima laporan itu dalam tempoh masa tiga minggu.

BN merampas kembali kerusi Parlimen Hulu Selangor apabila calonnya P Kamalanathan menang dengan majoriti 1,725 undi, menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Zaid Ibrahim.

Pada pilihan raya umum terakhir pada 2008, 35 peratus masyarakat Cina menyokong BN tetapi merosot kepada 28 peratus pada pilihan raya kecil itu.

Dr Chua juga berkata satu sesi sumbang saran akan diadakan pada 18 hingga 20 Jun ini di Port Dickson bagi membincangkan beberapa isu berkaitan perjuangan parti khususnya persediaan untuk menghadapi pilihan raya akan datang.

"Kami akan menjemput beberapa orang yang terkenal dalam bidang tertentu untuk membincangkan termasuk isu ekonomi, bagaimana kita boleh menjayakan kempen
pilihan raya dengan lebih efektif," katanya.

Sesi itu juga akan dimanfaatkan untuk memastikan masyarakat Cina memahami gagasan 1Malaysia dan menyokong pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, katanya.

Ditanya mengenai kenyataan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) bahawa MCA sebenarnya telah ditolak pengundi Cina sejak pilihan raya umum 2008 lalu, Dr Chua berkata pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu berhak berkata apa sahaja.

Sebelum ini Dr Chua menyalahkan kewujudan pertubuhan seperti PERKASA dan pemimpinnya Datuk Ibrahim Ali, yang didakwa kurang sensitif, menyebabkan calon BN tidak disokong pengundi Cina.