Selasa, 1 Februari 2022

Gesa naikkan gaji minimum

 zuhayati

Upah pekerja pembersihan di Singapura boleh jadikan panduan

BANGI– Kerajaan digesa menaikkan gaji minimum yang sepatutnya dibuat 1 Januari lalu selaras Perintah Gaji Minimum 2020.

Setiausaha Agung Kongres Sekerja Malaysia (MTUC), Kamarul Baharin Mansor berkata, pihaknya masih menunggu pengumuman daripada kerajaan mengenainya.

Atas sebab itu, upah pekerja pembersihan di Singapura boleh dijadikan panduan kepada kerajaan berhubung gaji minimum di negera ini.

“Laporan gaji pekerja pembersihan di Singapura yang mencecah RM10,000 sebulan boleh dijadikan panduan kepada kerajaan bagi mengkaji kaedah gaji minimum.

“Kami akan berhubung dengan kesatuan di Singapura bagi mendapatkan penjelasan dan kaedah yang terbaik dalam pelaksanaan gaji minimum baharu. MTUC juga bimbang dengan keadaan semasa isu-isu pekerjaan,” katanya.

Beliau menjelaskan selain isu gaji minimum masih tertangguh, kerajaan perlu mengambil langkah proaktif dalam beberapa isu termasuk buruh paksa dan pindaan Akta Kerja.

Selain itu, ia termasuk Akta Perhubungan Perusahaan, Akta Hal Ehwal Kesatuan Sekerja, Mesyuarat NLAC yang tidak diadakan sejak setahun lalu dan isu lain yang tertunggak.

Tiada ulasan: