Rabu, 2 Februari 2022

Kes harian meningkat lepasi 5,500

 MALAYSIA NOW

Sebanyak 2,876,324 kes Covid-19 direkodkan dalam negara setakat ini.

5,566 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitab dalam negara sebanyak 2,876,324 kes.

3,187 pesakit juga direkodkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh sebanyak 2,787,190.

Dalam pada itu, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 113 kes di mana 90 daripadanya disahkan Covid-19.

Sementara itu pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 59 kes di mana 40 adalah kes Covid-19.

Dari 5,566 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 51 kes (0.9%) adalah daripada Kategori Tiga, Empat, dan Lima, dan 5,515 kes (99.1%) lagi adalah terdiri daripada Kategori Satu dan Dua.

Tiada ulasan: