Khamis, 3 Februari 2022

Angin kencang badai Bandar Puteri Jaya

Hujan lebat dan angin kencang menumbangkan pokok yang menghempap beberapa kedai dan gerai di sekitar Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani petang tadi
Hujan lebat dan angin kencang menumbangkan pokok yang menghempap beberapa kedai dan gerai di sekitar Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani petang tadi

SUNGAI PETANI: Hujan lebat serta angin kencang menyebabkan pokok tumbang dan beberapa gerai mengalami kerosakan di sekitar Bandar Puteri Jaya di sini, hari ini.

Bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dalam kejadian itu.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.59 petang sebelum sepasukan lima anggota dikejarkan ke lokasi untuk membuat pemantauan.

Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi, mereka mendapati beberapa kedai dan gerai rosak akibat dihempap pokok ketika angin kencang melanda kawasan terbabit.

"Kerja-kerja memotong pokok tumbang dan pembersihan dilakukan bersama beberapa agensi lain," katanya.

Tiada ulasan: