PETALING JAYA: Bantahan dan mogok kedua Kumpulan Hartal Doktor Kontrak (HDK) akan diadakan susulan pembentangan Bajet 2022 minggu lepas.
HDK dalam satu kenyataan berkata, menerusi pembentangan Bajet 2022, pihaknya menyifatkan tiada pembaharuan dan tiada langkah tanggungjawab kerajaan untuk menyelesaikan isu doktor kontrak.
Malah katanya, tawaran yang diberikan kerajaan hanyalah membuang masa dan disifatkan tidak masuk akal.
“Selain itu Kementerian Kesihatan tidak menyatakan bantahan kepada Kementerian Kewangan berkenaan isu membela doktor kontrak. Lima tahun dalam perbincangan masih tiada penyelesaian.
“Janji lantikan tetap dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hanyalah umpan supaya kami berhenti bersuara. Setelah dua tahun berhempas pulas melawan Covid-19, pengorbanan kami adalah sia-sia.
“Sehubungan itu, kami Gerakan HDK mengisytiharkan Hartal Doktor Kontrak 2.0 akan dilaksanakan sebagai tanda protes,” katanya dalam kenyataan di muat naik di Twitter.
Dalam pengumuman Bajet 2022, kerajaan memutuskan untuk menyambung kontrak doktor pelatih selama dua tahun dan bukan menawarkan jawatan tetap.
No comments:
Post a Comment