Syafik Shukri Jalil
NANTA:
Kita kekalkan pencalonan atau calon-calon sedia ada sebab kedua-dua ini
baru memasuki penggal kedua sekiranya dicalonkan semula. - Astro AWANI
PELAGUS:
Ahli Parlimen Kapit Datuk Seri Alexander Nanta Linggi memberi bayangan
bahawa seorang penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah
kawasan Parlimennya mungkin digugurkan.
Pada
masa sama, dua lagi penyandang di bawah Parlimen sama mungkin akan
dikekalkan berdasarkan prestasi dan kemampuan menggalas tanggungjawab
sebagai Ahli DUN (ADUN) yang cemerlang.
Tanpa
menyebut sebarang nama secara spesifik, Setiausaha Agung Parti Pesaka
Bumiputera Bersatu (PBB) itu juga berkata, sudah masanya wajah baharu
ditampilkan bagi DUN tersebut dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri
Sarawak ke-12 (PRN12) ini.
“Ada yang satu lagi ADUN di kawasan saya, merupakan individu yang sudah menyandang jawatan hampir 40 tahun.
“Sudah agak lama. Jadi mungkin difikirkan sesuailah dan tepatlah masanya kita mengemukakan muka baru,” katanya.
Tambahnya,
dua ADUN yang mungkin dicalonkan semula itu masih baharu dan nyata
mampu menyumbang dan berbakti kepada penduduk di kawasan yang diwakili
mereka.
“Kita kekalkan pencalonan atau
calon-calon sedia ada sebab kedua-dua ini baru memasuki penggal kedua
sekiranya dicalonkan semula. Mereka ini baru dalam satu penggal saja.
“Jadi,
tidak ada sebab-sebab mendesak untuk kedua-dua ini tidak dicalonkan
semula dan saya setuju, sebab saya dapat bekerjasama dengan mereka.
“Mereka
ini pemimpin yang berkaliber dan memang dapat menggalas tanggungjawab
dengan baik dan saya mengharapkan kedua-dua ini dikekalkan,” tambahnya.
Tiga
DUN di bawah Parlimen Kapit melibatkan Bukit Goram (Jefferson Jamit
Unyat), Katibas (Datuk Ambrose Blikau Enturan) dan Pelagus (Wilson
Nyabong Ijang).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan