IPOH: Polis Perak meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 terutama di kawasan perumahan serta tumpuan ramai sepanjang sambutan Deepavali.
Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Mazlan Santarai berkata, pemantauan itu bagi memastikan orang ramai mematuhi SOP Covid-19.
Katanya, pemantauan itu dijalankan dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi berkaitan.
“Pasukan pemantau ini akan menasihati dan menegur terlebih dahulu orang ramai dan sekiranya terdapat kesalahan serius, kita tidak teragak-agak mengenakan tindakan kompaun.
“Kita tidak mahu keadaan yang tidak terkawal menyebabkan penyebaran Covid-19 yang boleh menggugat kesihatan orang ramai,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pelupusan Eksibit Dadah Kontinjen Perak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, di sini hari ini.
Sementara itu, beliau berkata, sejak pergerakan rentas negeri dibenarkan, sebanyak 312 kompaun dikenakan dalam tempoh 11 hingga 20 Oktober lalu.
Katanya, kesalahan yang paling kerap dilakukan orang ramai adalah gagal mendaftar masuk premis dan tidak memakai pelitup muka. – UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment