
Kuala Lumpur: Jabatan Kesihatan Selangor mengesan satu kes taun atau kolera di daerah Petaling.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menerusi ciapan di Twitter hari ini, memaklumkan kes itu dikesan oleh Jabatan Kesihatan Selangor.
"Orang awam dinasihati hanya minum air dirawat atau dididihkan. Jaga kebersihan kendiri, jangan makan makanan mentah dan tidak dimasak sempurna," katanya.
Beliau berkata, maklumat lanjut mengenai kes itu akan dimaklumkan kemudian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan