Tuesday, November 2, 2021

Isma lancar Tabung Bantu Anak Yatim COVID

zuhayati

Pelbagai program dianjur untuk sokongan emosi dan psikologi

BANGI – Memahami kesedihan dan keperitan anak-anak yang kehilangan ibu bapa akibat COVID-19, Biro Keluarga dan Masyarakat Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) tampil melancarkan projek khusus Tabung Bantu Anak Yatim COVID (Tabung BAYT).

Projek ini julung kali diadakan bertujuan mengumpul dana untuk disumbangkan kepada anak-anak yang kehilangan ibu bapa disebabkan wabak COVID-19.

Presiden Isma, Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni berkata, inisiatif ini salah satu usaha Isma sebagai gerakan Islam menyuburkan budaya takaful di dalam masyarakat Islam di Malaysia

Salah satu kekuatan masyarakat Islam adalah sikap perihatin serta ambil berat terhadap nasib yang menimpa anggota masyarakat lain.

“Isma berharap inisiatif ini akan mendapat sambutan yang baik dari masyarakat,” katanya menerusi kenyataan.

Sementara itu, Pengerusi Biro Keluarga dan Masyarakat Isma, Hajah Asma Ahmad berkata, anak-anak yatim berkenaan akan diberikan sokongan dari segi emosi dan psikologi melalui pelbagai program yang dianjurkan.

“Kita mempunyai program berbentuk jati diri dan pembangunan sahsiah di bawah Kelab Remaja (KRIM) dan Kelab Anak-Anak Hebat (NAZIM) yang berjalan di seluruh cawangan Isma di Malaysia.

“Hal ini kerana anak-anak ini sangat memerlukan kekuatan emosi untuk meneruskan kehidupan,” katanya.

Malah fokus utama dalam mewujudkan tabung ini adalah membantu anak-anak ini meneruskan kehidupan dan membantu persekolahan mereka sehingga mereka berumur 18 tahun.

“Kami juga akan menyediakan program-program motivasi kepada mereka secara berkala dan harapan kami agar bantuan ini membantu perkembangan diri anak-anak secara positif,” katanya.

Kesemua sumbangan akan diagihkan kepada anak-anak yatim melalui wakil ISMA di setiap negeri.

Orang ramai yang berhasrat untuk menyertai program ini boleh menyumbang ke akaun Pertubuhan Ikatan Muslimin Malaysia. 562218201823 (Maybank) Rujukan : AnakYatimCovid

https://ezy.la/BantuAnakYatimCovidhttps://ezy.la/BantuAnakYatimCovid

No comments: