Langkah kerajaan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menaik taraf kedudukan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sama dengan seorang menteri satu pembaziran belanja kerajaan, kata parti Pejuang diterajui Tun Dr Mahathir Mohamad.
Anwar sebelum ini menolak tawaran sama ketika pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) atas alasan ia satu penghinaan dan menolak kononnya ia satu pembaziran, tetapi kini menerima tawaran sama yang dibuat oleh PM dari UMNO.
Pejuang melihat langkah tersebut sebagai satu pembaziran dan menyifatkan Anwar sudah menjual diri dengan jawatan serta kedudukan apabila menerima tawaran tersebut, kata Timbalan Presidennya, Datuk Marzuki Yahya.
“Ini satu pembaziran terhadap perbelanjaan kerajaan. Pembangkang sebelum ini berpendirian dan bercakap soal rakyat tetapi akhirnya menjual diri dengan jawatan dan kedudukan melalui perjanjian ini.
“Saya melihat bahawa kerajaan sudah tiada pembangkang. Seharusnya mereka mengambil kepentingan rakyat. Di mana-mana negara demokrasi pun, menjadi kerajaan dan pembangkang itu perkara biasa tetapi kali ini, perjanjian yang ada lebih tertumpu kepada kepentingan politik,” katanya dipetik sebuah laporan media.
Ismail Sabri baru-baru ini menyerahkan pengesahan naik taraf Ketua Pembangkang sama dengan seorang menteri kepada Anwar.
Langkah tersebut antara perkara yang dipersetujui dalam Perjanjian Persefahaman (MOU) yang dimeterai kerajaan dengan blok pembangkang, Pakatan Harapan (PH), ia menyaksikan kedua-dua pihak mencapai mencapai demi kestabilan politik negara di samping kerajaan menjanjikan beberapa pembaharuan.
Untuk rekod, Anwar semasa menolak tawaran mantan PM Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini berkata, “Tak pernah saya sebut. Tak pernah saya minta. Tak pernah saya fikir pun munasabah untuk dalam keadaan pandemik, ekonomi yang meleset ini mahu dapat RM40,000, RM50,000 gaji tambahan dan kemudahan setaraf menteri kanan.
“Saya tidak langsung berfikir ini wajar dan munasabah. Takkanlah ini boleh dibuai. Bagi saya satu penghinaan, orang nak dapat RM50, RM100 tambahan sebulan untuk cari nafkah anak-anak pun susah, kamu pelawa ketua pembangkang RM40,000, RM50,000 sebulan tambahan dengan segala status dan sebagainya.”
Lebih memalukan, Anwar menerima tawaran tersebut daripada sebuah kerajaan diterajui UMNO, tetapi ia bukan satu masalah kerana beliau juga sanggup bersekongkol dengan kumpulan kleptokrat untuk menjayakan misinya menumbangkan kerajaan PN sebelum ini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan