Sabtu, 16 Oktober 2021

Ismail Sabri Juangkan ‘Keluarga Malaysia, Zahid Hamidi Tetap Dengan ‘UMNO Sahaja’

  THE PROFESSOR

Umum mengetahui pendekatan ‘Keluarga Malaysia’ yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Ismail Sabri adalah sesuatu yang amat diperlukan pada masa ini.

Semua rakyat Malaysia berganding bahu, menghormati Perlembagaan Persekutuan dan tidak bersikap menolak kaum Melayu sebagai ketua pelbagai bangsa.

Jika ada penentangan sedemikian wajarlah orang-orang Melayu tunjukkan taring bahawa bumi yang dipijak ini bernama Tanah Melayu berdaulat.

Menariknya tentang ‘Keluarga Malaysia’ ini, ahli politik pembangkang pun boleh diajak duduk semeja bagi menyelesaikan masalah keluarga.

Berbeza dengan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, semua orang terutamanya parti politik berbeza aliran dibencinya sekali gus menolak ‘Keluarga Malaysia’.

Jika tidak wujud sifat benci dalam diri, keegoan yang tinggi, sudah pasti Umno akan dipandang sebagai ‘ayah’ dalam ‘Keluarga Malaysia’.

Tetapi ‘ayah’ ini sudah membuang semua anak-anak dan perangai ini ibarat satu penyakit seperti barah yang sudah berada pada peringkat akhir.

Tugas ‘ayah’ sepatutnya mendidik ‘anak-anak’ untuk belajar tentang asam garam dunia politik dan semuanya sepatutnya boleh dibawa berbincang.

Namun demikian, apa boleh buat apabila jasad ‘ayah’ ini dirasuki entiti bernama Ahmad Zahid, dan Ahmad Zahid disifatkan sebagai hati kepada Umno.

Jika hatinya bersih, bersihlah Umno. Jika hatinya penuh dengan hal-hal keduniaan dan mahukan Umno sahaja, akar umbi memang perlu merukyah!   SM

Tiada ulasan: