Saturday, September 18, 2021

TMJ adakan mesyuarat pertama Jawatankuasa Khas COVID-19 Johor

BH ONLINE
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengadakan mesyuarat pertama Jawatankuasa Khas (Special Task Force COVID-19) Negeri Johor, hari ini - Foto Facebook HRH Crown Prince of Johor
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengadakan mesyuarat pertama Jawatankuasa Khas (Special Task Force COVID-19) Negeri Johor, hari ini - Foto Facebook HRH Crown Prince of Johor

JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengadakan mesyuarat pertama Jawatankuasa Khas (Special Task Force COVID-19) Negeri Johor, hari ini.

Mesyuarat itu turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar R. Vidyananthan, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Johor Datuk Dr. Aman Rabu, pakar kesihatan dan pengurusan pandemik.

Baginda bertitah, jawatankuasa khas berkenaan berperanan untuk memantau dan memperbaiki proses yang digunakan bagi sistem menyaring, mengasingkan, mengawasi, dan merawat pesakit COVID-19, supaya keadaan wabak adalah sentiasa dalam kawalan.

Baginda bertitah, pengesanan kontak perlu dipercepatkan supaya ia dilakukan dalam jangka masa 24 hingga 48 jam dan kadar vaksinasi juga perlu dipertingkatkan.

"Johor perlu bersedia untuk transisi dari situasi pandemik kepada endemik.

"Saya yakin dengan anggota 'Task Force' ini yang dipilih secara inklusif dan membabitkan pelbagai agensi kerajaan, pakar-pakar dari universiti, swasta, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan badan bukan kerajaan (NGO).

"Johor akan dapat melawan wabak COVID-19 dengan lebih berkesan dan kes positif akan mula menurun melalui langkah kesihatan awam yang efektif dan penggunaan teknologi terkini," titah baginda menerusi akaun Facebook HRH Crown Prince of Johor. – BERNAMA

No comments: