IPOH: Tanah runtuh dilapor berlaku di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, petang tadi.
Keadaan itu menyebabkan laluan di Seksyen 43.9 ditutup sepenuhnya kepada semua aliran trafik jalan raya bermula 9 malam ini.
Perkara itu disahkan Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kinta yang menyatakan kejadian membabitkan laluan sepanjang 30 meter dengan lebar lima meter yang dikesan kira-kira jam 5.45 petang tadi.
Susulan itu, jabatan terbabit bersama syarikat konsesi, Belati Wangsa (M) Sdn Bhd, melakukan pemantauan di lokasi terbabit.
JKR Daerah Kinta menerusi kenyataan yang dikongsikan kepada media malam ini berkata, runtuhan laluan di kawasan cerun terbabit berkemungkinan disebabkan hujan berterusan yang menyebabkan struktur tanah menjadi lemah serta tidak kukuh.
Katanya, pengguna jalan raya masih boleh menggunakan jalan alternatif iaitu Laluan FT059, Jalan Tapah-Ringlet.
No comments:
Post a Comment