Friday, September 3, 2021

MAS tawar harga serendah RM89 ke Langkawi 16 September


Malaysia Airlines (MAS) bersedia menawarkan penerbangan kepada penumpang lengkap dua dos vaksin Covid-19 susulan keputusan kerajaan membenarkan Pulau Langkawi dibuka kepada pelancong mulai 16 September ini di bawah program gelembung perjalanan.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Aviation Group (MAG), Kapten Izham Ismail berkata, MAS ketika ini beroperasi empat kali sehari ke Langkawi dan akan menyesuaikan kapasitinya untuk memenuhi permintaan pelanggan.

“Ini memang titik permulaan untuk mengaktifkan semula pelancongan domestik, membantu meningkatkan sosioekonomi masyarakat yang terkesan akibat pandemik Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bersempena dengan Hari Malaysia, Malaysia Airlines menawarkan tiket penerbangan pada harga serendah RM89 semua dalam satu manakala cabang operasi pelancongan MAS, MHholidays menawarkan pakej perjalanan (tiket penerbangan dan penginapan hotel) dengan diskaun sehingga 50 peratus.

MAG baru-baru mencapai kadar vaksinasi 100 peratus untuk semua juruterbang dan kru kabinnya, ia memberi jaminan dan ketenangan kepada para penumpangnya.

Menurut kenyataan itu, MAS telah meningkatkan protokol keselamatan dan kesihatannya di kawasan lapangan terbang dan di dalam pesawat seperti yang disarankan oleh Majlis Pasukan Petugas Pemulihan Penerbangan (CART) Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) untuk memastikan keselamatan pelanggan dan pekerja dilindungi .

Antara langkah-langkah diambil ialah pemakaian pelitup muka, melakukan kerja-kerja nyahkuman secara kerap dan penggantian awal penapis Udara Partikulat Berkecekapan Tinggi (HEPA) pesawat untuk memastikan sistem pengudaraan yang berkesan yang mampu menapis sebanyak 99.97 peratus mikroorganisma di dalam pesawat.

Maklumat mengenai promosi Malaysia Airlines ini boleh diperoleh di https://www.malaysiaairlines.com/my/en.html.

No comments: