Wednesday, September 1, 2021

Kes baharu turun bawah 19,000


Jumlah jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi turun di bawah paras 19,000, namun kes di enam negeri menunjukkan peningkatan.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata dalam tempoh itu, 18,762 jangkitan baharu dilaporkan berbanding 20,897 kes yang direkodkan dalam tempoh 24 jam semalam.

Beliau berkata jumlah jangkitan baharu itu menjadikan kumulatif sejak wabak Covid-19 melanda negara awal tahun lalu kepada 1,765,016 kes.

Enam negeri merekodkan peningkatan hari ini membabitkan Sarawak yang naik daripada 2,285 kes semalam kepada 2,414 hari ini; Pulau Pinang (1,762 hari ini, 1,732 semalam); dan Kelantan (1,504 hari ini, 1,479 semalam).

Kes di Negeri Sembilan pula meningkat kepada 291 hari ini, berbanding 215 semalam; Putrajaya (34 hari ini, 25 semalam); dan Labuan (tiga hari ini, satu semalam).

No comments: