Nak sampai ke Malaysia pun hanya dengan tiga cara, cara pertama biasanya ramai guna kapal terbang, mungkin duduk dekat bahagian kargo, menyamar jadi beg.
Cara kedua guna tongkang laut, terpaksa tunduk-menunduk sepanjang masa, takut Maritim Malaysia nampak dan habis semua operasi penyeludupan kantoi.
Dan yang ketiga ikut pintu alam bunian. Tup tup tup.. eh, dah sampai dekat Cyberjaya, dah sampai dekat Pulau Pinang, dah boleh mulakan operasi perniagaan.
Apakah ini fitnah dan cerita rekaan? Para pembaca yang budiman boleh nilaikannya. Jika tidak, masakan seluruh agensi media Malaysia menyiarkan berita sedemikian?
Baru-baru ini, gempar pula cerita seorang pondan, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman yang sengaja mengundang bala Allah kononnya terperangkap dalam jasad yang salah.
Padahal makluk sesat ini menjadi sedemikian rupa kerana gagal mengatasi naluri dan juga nafsu ditambah pula dengan tipu daya iblis dan bisikan syaitan tentang nikmat.
Apa yang nikmatnya jadi pondan, cucuk sana sini, dimaki dan dihina, terima lagi laknat Allah, selepas itu berhijrah ke luar negara dan kata Malaysia tak terima LGBTQ.
Memang.. LGBTQ langsung tak layak hidup di bumi Melayu yang berdaulatkan Islam sebagai tunjang hidup ini. Meskipun pun sistem masyarakat rosak, sekelumit iman itu masih ada.
Maka awaslah kepada pentaksub cinta dunia sementara dan lupa wujudnya akhirat yang kekal selamanya di mana itulah tempat hidup yang benar-benar istimewa.
Timbul persoalan di benak fikiran masyarakat yang tak berada dalam sektor pengurusan undang-undang atau jabatan kerajaan yang menyelia hal ehwal masyarakat.
Bagaimana Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman boleh terlepas keluar dari Malaysia sebelum menerima hukuman? Sudahlah dia melarikan diri semasa PKP, COVID-19 sedang melanda.
Tahu-tahu sudah sampai di Bangkok tetapi berjaya ditahan pihak imigresen Thailand. Maka adakah ini membuktikan Thailand lebih hebat daripada Malaysia?
Nampak seperti itulah.. bukan setakat agensi penguatkuasaan, pakai bomoh pun belum tentu boleh kesan di mana kedudukan Sajjad. Adakah Sajjad sangat cermat ibarat ejen perisik CIA?
Ini belum lagi kita bercakap tentang Jho Low dan ribuan lagi penyangak lain yang berada dalam Malaysia dan ada akses keluar masuk secara bebas.
Hal ini demikian kerana sistem itu dikawal oleh manusia. Sekali tekan suis, sekali klik tetikus, sekali matikan elektrik dan semua tak berfungsi, tikus, jin ifrit dan lain-lain boleh rentas masuk keluar.
Kedaulatan negara kita sudah semakin rabak dirogol oleh manusia yang menguasai sistem-sistem ini. Memang bukan semua tetapi yang segelintir inilah wajar dilaknat kerana menganjing Perlembagaan Persekutuan.
Mana tidaknya, dalam Perlembagaan Persekutuan sudah ada bermacam jenis undang-undang. Tinggal terserah kepada kita sahaja untuk taat kepada arahan dan urusan Seri Paduka Baginda.
Atau anggap diri lebih hebat, lebih petualang daripada Institusi
Majlis Raja-Raja? Mohon perhalusi. Kegagalan orang yang berkhidmat dalam
agensi kerajaan adalah satu wabak kepada masyarakat!- SM
No comments:
Post a Comment