KUALA LUMPUR – Genting Highlands, Melaka dan Pulau Tioman bakal menjadi destinasi baharu bagi perlaksanaan gelembung pelancongan negara.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri berkata, perkara itu telah dipersetujui melalui Mesyuarat Kuartet Menteri Covid-19 berhubung Prosedur Operasi Standard (SOP) pada Selasa.
Bagaimanapun katanya, keputusan tersebut akan diangkat untuk diteliti di peringkat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Covid-19 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob, pada Rabu.
“Hari ini kita telah luluskan tiga destinasi iaitu Genting Highlands, Melaka dan Pulau Tioman dan akan dibentang Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Covid-19 esok.
“Kita telah beri masa dua minggu untuk destinasi-destinasi ini dibuka semula. Sekiranya syor berkenaan diluluskan oleh Ismail Sabri, kebenaran hanya berkuatkuasa bermula 1 Oktober.
“Lokasi-lokasi ini bukan eksklusif, sebaliknya kita akan perhalusi lagi destinasi lain bukan setakat di kepulauan sahaja tetapi juga untuk kawasan tanah besar (mainland),”katanya pada Sidang Media di Bilik Media Parlimen pada Selasa.
Ditanya mengenai prosedur operasi standard (SOP) yang bakal dilaksanakan khususnya bagi destinasi Melaka, Nancy berkata perkara itu telah diperhalusi kerana membabitkan kawasan yang luas.
“Kita mahu kenakan, sama ada kenakan ujian Covid-19 juga seperti Langkawi, ia agak sukar kerana ia melibatkan kawasan luas tidak seperti Pulau Langkawi.
“Ini yang perlu perhalusi kerana Kementerian Kesihatan (KKM) kita lakukan seperti Langkawi. Kita akan serahkan pada sidang esok dan akan diumumkan oleh Ismail Sabri,”katanya.
No comments:
Post a Comment