Friday, September 3, 2021

Covid-19: Sabah, Johor kekal angka lebih 2,000 kes baharu

AGENDA DAILY

Tujuh negeri dan wilayah di seluruh negara merekodkan peningkatan jangkitan baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi.

Negeri terbabit ialah Sabah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Johor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Sabah merekodkan lonjakan daripada 2,329 jangkitan semalam kepada 2,404 kes hari ini, manakala Johor pula merekodkan 2,331 kes baharu berbanding 2,145 jangkitan semalam.

Pulau Pinang pula mencatatkan 1,726 jangkitan baharu berbanding 1,600 kes semalam; Perak (1,389 kes baharu, 990 semalam); Kelantan (1,356 kes baharu, 1,247 semalam); Kuala Lumpur (740 hari ini, 731 semalam); dan Putrajaya (41 hari ini, 37 semalam).

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam tempoh 24 jam itu sebanyak 19,378 jangkitan baharu dilaporkan menjadikan kumulatif sejak wabak Covid-19 melanda negara awal tahun lalu kepada 1,805,382 kes.

Negeri ‘panas’ Covid-19 sebelum ini, Selangor, merekodkan penurunan daripada 4,073 kes semalam kepada 3,613 jangkitan hari ini.

No comments: