Khamis, 5 Ogos 2021

Vaksin: Lebih 7.7 juta penduduk Malaysia lengkapkan suntikan kedua


Jumlah pemberian vaksin Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam meningkat semula kepada 494,214 dos berbanding 483,368 dos yang diberikan pada Selasa.

Daripada jumlah pemberian vaksin semalam, 230,053 membabitkan dos pertama, manakala 264,161 penerima melengkapkan suntikan dos kedua masing-masing.

Selangor terus mencatat pemberian vaksin tertinggi semalam iaitu sebanyak 109,957 dos membabitkan 26,753 dos pertama dan 83,204 penerima melengkapkan dos kedua.

Enam lagi negeri yang merekodkan jumlah pemberian vaksin tertinggi semalam membabitkan Kuala Lumpur sebanyak 53,637; Johor (49,403 dos); Sabah (40,962 dos); Kelantan (32,026 dos); Perak (31,721 dos); Kedah (31,317 dos);

Sementara itu, kumulatif pemberian vaksin sehingga semalam menunjukkan Lembah Klang merangkumi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mencatatkan pemberian vaksin sebanyak 8,742,778 dos membabitkan 6,066,032 dos pertama dan 2,676,746 penerima melengkapkan dos kedua masing-masing.

Ini diikuti Sarawak yang memberi 3,153,412 dos suntikan membabitkan 1,742,909 dos pertama, manakala 1,410,503 penerima melengkapkan dos kedua.

Johor turut mencatatkan jumlah tertinggi pemberian vaksin iaitu sebanyak 1,755,779 dos dengan 1,260,049 suntikan pertama dan 495,730 penerima melengkapkan dua suntikan masing-masing.

Negeri lain yang mencatatkan jumlah pemberian vaksin Covid-19 melebihi satu juta dos ialah Sabah sebanyak 1,400,841 dos; Perak (1,336,843 dos); dan Pulau Pinang (1,157,937 dos).

Tiada ulasan: