Khamis, 5 Ogos 2021

[KEMAS KINI] Kes tertinggi hari ini, 6 negeri catat angka lebih 1,000 kes


Data 5 Ogos 2021

Hanya empat daripada 16 negeri dan wilayah – Perlis, Pahang, Kelantan, dan Kuala Lumpur – merekodkan penurunan dalam kes baharu Covid-19 sepanjang tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi.

Selebihnya, meningkat dan melonjakkan jumlah keseluruhan kes harian dalam tempoh 24 jam kepada paras tertinggi sejak wabak Covid-19 menular di negara ini awal tahun lalu.

Sebanyak 20,596 kes baharu dilaporkan di seluruh negara hari ini – menyamai angka yang turut direkodkan oleh negara jiran, Thailand yang dilanda gelombang ketiga sekarang ini.

Dua belas negeri merekodkan peningkatan kes harian dengan Selangor terus mencatatkan jangkitan tertinggi sebanyak 8,549 kes berbanding 8,377 kes semalam.

Lima lagi negeri yang merekodkan angka melebih 1,000 kes hari ini ialah Sabah dengan 1,062 kes; Pulau Pinang (1,022); Kedah (1,446); Johor (1,300); dan Kuala Lumpur (2,163).

Lonjakan kes baharu turut membabitkan Sarawak sebanyak 759 kes; Perak (916); Negeri Sembilan (989); Melaka (622); dan Terengganu (501).

Dua negara jiran iaitu Thailand dan Indonesia turut merekodkan jumlah jangkitan tertinggi sejak dua hari lalu. Dalam tempoh 24 jam lalu, Thailand merekodkan jumlah jangkitan harian tertinggi apabila 20,920 kes baharu dicatatkan.

Sementara, Indonesia semalam merekodkan 35,867 kes baharu sekali gus mencapai titik menakutkan apabila angka kematian meletakkan negara itu bersama 11 negara lain di dunia yang merekodkan jumlah pesakit Covid-19 meninggal dunia melebihi 100,000 kes.

Tiada ulasan: