Rabu, 18 Ogos 2021

RM1,000 untuk pengusaha spa, pusat urut kaki

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) akan menyalurkan bantuan kewangan sekali beri (one-off) berjumlah RM1,000 kepada pengusaha spa dan Pusat Urutan Kaki (PUK), dalam masa terdekat.

MOTAC dalam kenyataan berkata bantuan kewangan itu akan diberi menerusi Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) bagi meringankan beban pengusaha spa dan PUK yang terkesan berikutan pandemik COVID-19.

Ia akan diberi kepada pengusaha yang bernaung di bawah persatuan diiktiraf MOTAC iaitu Association of Malaysian Spas (AMSPA) dan Malaysian Association of Wellness & Spa (MAWSPA).

"MOTAC sentiasa berusaha untuk meringankan beban dihadapi pengusaha dan bantuan ini dijangka dapat memanfaatkan 433 pengusaha spa dan PUK.

"MOTAC menyeru semua pengusaha spa dan PUK yang layak untuk segera mengemukakan permohonan," katanya.

Borang permohonan secara dalam talian boleh didapati di pautan http://www.motac.gov.my/PrihatinMOTAC21_Spa mulai esok (19 Ogos) dan permohonan akan ditutup pada 6 September ini.

Tiada ulasan: