Isnin, 9 Ogos 2021

KKM tambah dua juta dos lagi untuk Johor

Datuk Seri Dr. Adham Baba. GAMBAR: Facebook MKN

SEBANYAK dua juta dos lagi vaksin Covid-19 akan diagihkan ke seluruh negeri Johor dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sepanjang bulan ini, kata Datuk Seri Dr.Adham Baba.

Menteri Kesihatan berkata, tambahan bekalan itu meliputi semua jenis vaksin Covid-19 yang telah mendapat kelulusan National PharmaceuticalRegulatory Agency (NPRA).

‘’Vaksin ini akan diagihkan ke seluruh Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang terdapat di negeri Johor,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sehingga hari ini, sejumlah 1,362,398 orang telah menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19 di negeri Johor, manakala sejumlah 540,895 orang telah menerima suntikan dua dos vaksin Covid-19.

‘’Secara keseluruhannya, sudah 50.2% populasi dewasa di Johor sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19. Dengan 2 juta dos vaksin yang diagihkan ia  akan membantu mempercepatkan lagi sasaran untuk mencapai immuniti kelompok di negeri itu,’’ katanya.

Tiada ulasan: