BERNAMA
Jokowi berkata, Indonesia bersedia untuk memperkukuhkan lagi hubungan dua hala bersama Malaysia.
Presiden Indonesia Joko Widodo, atau lebih dikenali sebagai Jokowi, mengucapkan tahniah kepada Ismail Sabri Yaakob atas pelantikan beliau sebagai perdana menteri kesembilan Malaysia.
Ucapan tahniah itu dizahirkan menerusi akaun Twitter Jokowi @jokowi.
“Warmest congratulations Your Excellency Ismail Sabri Yaakob@IsmailSabri60 on your appointment as the 9th Prime Minister of Malaysia. (Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Yang Berbahagia Ismail Sabri Yaakob@IsmailSabri60 atas pelantikan sebagai perdana menteri kesembilan Malaysia)
“Ready to continue working together to strengthen Indonesia-Malaysia bilateral relations (Bersedia untuk terus menjalinkan kerjasama bagi memperkukuh hubungan dua hala Indonesia-Malaysia),” kata Jokowi pada Sabtu malam.
Ahli Parlimen Bera itu mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Shah di Istana Negara semalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan