Rabu, 11 Ogos 2021

Jabatan meteorologi rekod gegaran sekitar Selangor, Kuala Lumpur

 MALAYSIA NOW

Gempa bumi di Utara Sumatera tidak memberikan ancaman tsunami kepada Malaysia.

Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini merekodkan gegaran dirasai di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur berikutan gempa bumi sederhana di Utara Sumatera, Indonesia.

Gegaran dengan magnitud berskala 5.6 skala Richter itu terjadi pada pukul 1.19 hari ini.

“Gegaran dirasai sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

“Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” kata kenyataan tersebut.

Tiada ulasan: