Ahad, 22 Ogos 2021

Ismail Sabri perlu undi percaya di Parlimen – Kula

Wartawan MalaysiaGazette
MGF24052018_M_-Kulasegaran05
M. Kulasegaran

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri (PM) baharu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu membuat usul percaya terhadapanya di Dewan Rakyat.

Itu peluang kepada Naib Presiden UMNO memberi keyakinan kepada rakyat dan menuruti titah Yang di-Pertuan Agong, kata Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kula Segaran.

Menurutnya, Ismail Sabri perlu lebih baik berbanding PM sebelumnya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didakwa gagal berbuat demikian.

“Walaupun diminta banyak kali oleh pembangkang,  Muhyiddin gagal menguji sokongan majoriti dan menutup Parlimen.

“Ketakutan berbuat demikian menyebabkannya tidak setaraf dengan bekas PM, Tun Hussein Onn dan Tun Abdullah Badawi yang menguji sokongan majoriti di Parlimen sebaik sahaja selepas menjadi PM,” kata pemimpin DAP itu dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru, kata Kula Segaran, Ismail Sabri juga perlu berbuat demikian di Parlimen pada minggu depan bagi mengesahkan kredibilitinya.

Ismail Sabri juga digesa menyediakan pelan dan halatuju yang jelas dalam usaha negara membendung penularan Covid-19.- MalaysiaGazette

Tiada ulasan: