KUALA LUMPUR: Dua buah bas membawa wakil rakyat
sudah memasuki perkarangan Istana Negara di sini, untuk menghadap Yang
di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah
Shah.
Bas pertama memasuki pintu dua Istana Negara pada jam 10.35
pagi dengan diiringi kenderaan lain dibelakangnya dan disusuli bas
kedua pada jam 10.42 pagi.
Antara yang dikenal pasti adalah Ahli Parlimen Alor Gajah, Dato’ Seri Mohd Redzuan Md Yusof, dan Ahli Parlimen Julau, Larry Soon.
Turut kelihatan Ahli Parlimen Arau, Dato’ Seri Dr Shahidan Kassim, Ahli Parlimen Pekan, Dato’ Seri Najib Razak, Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin, Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dan beberapa ahli parlimen lain yang tidak dapat dikenal pasti.
Terdahulu Sultan Abdullah menitahkan ahli parlimen yang menyokong Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob dipanggil menghadap pada hari ini.
Difahamkan ahli parlimen terlibat merangkumi pelbagai parti yang pernah membentuk kerajaan Perikatan Nasional sebelum ini.. – HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan