Khamis, 19 Ogos 2021

Banjir Yan: Tiga maut, tiga lagi masih hilang

Keadaan Banjir di Yan, Kedah. - Foto ihsan pembaca
Keadaan Banjir di Yan, Kedah. - Foto ihsan pembaca

ALOR SETAR: Tiga mangsa ditemukan maut di beberapa lokasi di sekitar kawasan Gunung Jerai di Yan, yang dilanda banjir susulan fenomena kepala air pada petang Rabu.

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor, berkata setakat operasi pada 1 pagi tadi, tiga lagi mangsa dipercayai masih hilang di satu kawasan di Titi Hayun.

"Ketiga-tiga mangsa (yang maut) adalah lelaki, dengan satu mangsa ditemukan di tanah runtuh jalan naik ke Gunung Jerai dan dikenal pasti sebagai Shahruzi Mohamad, berumur 53 tahun.

"Jenazah sudah diturunkan dan operasi (mencari dan menyelamat) akan disambung lagi kemudian," katanya menerusi aplikasi Whatsapp awal pagi ini.

Mayat mangsa ditemui di kawasan rekreasi Titi Hayun manakala tiga lagi masih hilang. - Foto Bomba
Mayat mangsa ditemui di kawasan rekreasi Titi Hayun 
manakala tiga lagi masih hilang. - Foto Bomba

Katanya, operasi mencari dan menyelamat telah ditamatkan sebentar tadi dan akan bersambung semula 7 pagi ini.

Dalam kejadian jam 5 petang semalam, antara lokasi terlibat banjir selepas kejadian kepala air itu ialah kawasan di kaki gunung dan kawasan berhampiran sungai iaitu Perigi, Teroi Bukit, Singkir, Kampung Permatang Keramat, Kampung Lubuk Boi, Pekan Yan Besar, Titi Teras, Kampung Acheh dan Kampung Setoi. - BERNAMA

Fenomena kepala air mengakibatkan banjir kilat sekitar kaki gunung di Yan dan Merbok hari ini. - Foto BERNAMA
Fenomena kepala air mengakibatkan banjir kilat sekitar kaki 
gunung di Yan dan Merbok hari ini. - Foto BERNAMA

Fenomena kepala air mengakibatkan banjir kilat sekitar kaki gunung di Yan dan Merbok. - Foto BERNAMA
Fenomena kepala air mengakibatkan banjir kilat sekitar kaki 
gunung di Yan dan Merbok. - Foto BERNAMA

Keadaan Banjir di Yan, Kedah. - Foto ihsan pembaca
Keadaan Banjir di Yan, Kedah. - Foto ihsan pembaca

Keadaan Banjir di Yan, Kedah. - Foto ihsan pembaca
Keadaan Banjir di Yan, Kedah. - Foto ihsan pembaca

Tiada ulasan: