Tinjauan BH mendapati ramai pelanggan mengambil kesempatan untuk merapikan penampilan dengan mengunjungi kedai gunting rambut.
Pekerja kedai gunting rambut, Noorsuhadah Ishak, 32, berkata pihaknya memang menjangkakan keadaan itu selepas terpaksa menutup sementara operasi sejak awal bulan lalu.
"Bagaimanapun, kita tetap menjaga prosedur operasi standard (SOP) dengan mengehadkan lima pelanggan saja berada di dalam kedai pada satu-satu masa.
"Alat pengimbas suhu dan kod QR aplikasi MySejahtera turut disediakan. Selain itu, kebersihan kedai sentiasa dijaga, termasuk disanitasi," katanya.
Pelanggan, Asuad Zaini, 16, mengaku lega kerana dapat menggunting rambutnya yang sudah panjang, walaupun terpaksa menunggu lama untuk giliran berikutan ramai pelanggan.
Sementara itu, Pengerusi Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) Perlis, Azman Mohd Yusof, berkata seramai 69,513 atau 27.27 peratus penduduk sudah menerima suntikan vaksin COVID-19 di negeri ini, setakat Sabtu lalu.
"Jumlah itu meliputi 41,234 orang (16.17 peratus) telah lengkap dua dos vaksin, dan 28,279 lagi (11.09 peratus) menerima dos pertama.
"Pendaftaran vaksinasi di Perlis pula merekodkan 135,628 orang (53.2 peratus)," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan