Tinjauan BH mendapati orang ramai sanggup menghantar kenderaan, termasuk motosikal, untuk dicuci dari seawal jam 8.30 pagi.
Pemilik kedai mencuci kenderaan, Mazlan Ismail, 63, mengaku lega apabila dibenarkan kembali beroperasi selepas terpaksa menutup sementara kedainya susulan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh sejak awal bulan lalu.
"Alhamdulillah, terima kasih kepada kerajaan kerana membenarkan kami beroperasi semula," katanya sambil berharap penduduk di Terengganu sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) untuk mengelakkan negeri ini kembali ke fasa pertama PPN.
Pelanggan tidak dibenarkan menunggu di kedai itu bagi mengelakkan mereka berhimpun, dan diberi masa antara 45 minit hingga sejam untuk mengambil semula kenderaan yang siap dicuci.
Selain itu, mereka dikehendaki mematuhi SOP dengan mengimbas kod QR aplikasi MySejahtera dan mengambil suhu badan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan