Jumaat, 30 Julai 2021

Lebih 6.3 juta rakyat Malaysia lengkapkan vaksinasi

Data 29 Julai 2021

Jumlah rakyat Malaysia yang telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 kini mencecah lebih 6.3 juta penerima sejak program imunisasi dilancarkan Februari lalu, manakala lebih 13.1 juta lagi menerima dos pertama.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba dalam perkongsian di laman Twitter beliau hari ini berkata semalam sahaja sebanyak 556,404 dos suntikan diberikan membabitkan 343,530 penerima dos pertama dan 212,874 dos kedua.

Selangor katanya, terus merekodkan jumlah pemberian vaksin tertinggi berbanding negeri-negeri lain iaitu 150,505 dos membabitkan 89,132 penerima dos pertama dan 61,373 dos kedua, diikuti Kuala Lumpur sebanyak 85,096 (51,915 dos pertama dan 33,181 dos kedua).

Johor 48,748 (40,089 dos pertama dan 8,659 dos kedua)
Sabah 37,099 (34,962 dos pertama dan 2,137 dos kedua)
Sarawak 31,588 (5,702 dos pertama dan 25,886 dos kedua)
Perak 30,921 (18,436 dos pertama dan 12,485 dos kedua)

Secara keseluruhannya Dr Adham berkata 19,502,452 dos sudah diberikan membabitkan 13,184,742 dos pertama dan 6,317,710 penerima melengkapkan dos kedua masing-masing.

Negeri-negeri di Lembah Klang merangkumi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya merekodkan pemberian suntikan tertinggi iaitu 5,412,011 dos pertama dan 2,010,823 dos kedua, diikuti Sarawak 1,691,496 dos pertama dan 1,252,728 dos kedua.

Johor pula kini termasuk dalam senarai negeri yang telah melepas angka sejuta suntikan caksin Covid-19 apabila keseluruhannya 1,039,924 dos suntikan pertama diberikan, manakala 422,633 lagi dos kedua.

Sementara itu Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) berkata bagi Ops Lonjakan Kapasiti Lembah Klang, semalam sahaja 239,318 dos diberikan kepada 143,197 penerima dos pertama dan 96,121 lagi dos kedua.

Setakat ini, 87.8 peratus populasi dewasa dalam ops lonjakan itu menerima dos pertama dan 32.6 peratus melengkapkan dos kedua masing-masing.

Tiada ulasan: