Khamis, 29 Julai 2021

Buruh lari PKPD ditahan bersama pelbagai dadah

Oleh NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN

DUNGUN: Tindakan seorang buruh yang cuba meloloskan diri dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Mukim Kuala Dungun di sini membawa padah apabila dia ditahan bersama pelbagai jenis dadah, semalam.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Baharudin Abdullah berkata, suspek yang berusia 30 tahun itu ditahan berhampiran Sekolah Kebangsaan Kuala Dungun, kira-kira pukul 8 malam.

“Lelaki yang dilihat dalam keadaan mencurigakan itu cuba meloloskan diri selepas ternampak anggota bertugas.

“Pemeriksaan menemukan pil yaba, heroin, syabu dan erimin 5 di samping wang RM3,000 dengan keseluruhan rampasan berkenaan dianggarkan bernilai RM5,550,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baharudin berkata, siasatan lanjut mendapati lelaki itu mempunyai tujuh rekod lampau berkaitan dadah.

Menurutnya, selain dikompaun RM3,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) PKPD, suspek turut disiasat mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tiada ulasan: