Khamis, 29 Julai 2021

Warga emas lakukan hubungan luar tabii dengan kambing direman esok

WhatsApp-Image-2021-07-28-at-8
Lelaki warga emas ditahan polis Hulu Selangor pagi tadi selepas melakukan seks luar tabii ke atas kambing betina sehingga mati di Serendah.

KUALA LUMPUR – Seorang warga emas yang ditahan kerana melakukan hubungan seks luar tabii dengan seekor kambing betina sehingga haiwan itu mati akan dibawa ke Mahkamah Kuala Kubu Baru untuk direman esok ( KHAMIS ).

Kejadian itu dilaporkan berlaku di Kampung Sungai Buaya, Serendah pada 1.30 petang semalam itu disedari pemilik kambing berkenaan yang terdengar bunyi pelik kambingnya di kandang belakang rumah.

Dia kemudiannya keluar untuk memeriksa keadaan haiwan peliharaannya  dan mendapati seorang lelaki yang dikenalinya bangun daripada sebelah kambingnya dalam keadaan separuh bogel sebelum melarikan diri.

kambing

Ketua Polis Hulu Selangor Supritenden Arsad Kamaruddin, pihaknya bertindak selepas menerima aduan tersebut dan berjaya menahan suspek pagi tadi di kawasan semak di Jalan Tengah, Kampung Sungai Buaya Serendah, kira-kira jam 10.50 pagi tadi.

Suspek yang berusia 60 tahun itu mempunyai rekod jenayah lampau.

Lelaki itu akan direman di bawah Seksyen 377 dan Seksyen 289 Kanun Keseksaan.(Persetubuhan luar tabii terhadap haiwan dan kecuaian berkenaan dengan haiwan). – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: