Rabu, 28 Julai 2021

Kerajaan akan tentukan harga siling vaksin

Oleh MOHAMAD HAFIZ YUSOFF BAKRI

PETALING JAYA: Kerajaan akan menentukan harga siling untuk penjualan vaksin di pasaran swasta pada masa akan datang.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, penjualan tersebut dibuat untuk individu yang sanggup membayar dan tidak mahu menunggu giliran menerusi program PICK.

Katanya, perkara tersebut akan ditentukan Jawatankuasa Khas Jaminan Aksis Bekalan Covid-19 (JKJAV) pada minggu depan dan telah dibawa serta disyorkan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

“Keperluan kerajaan ada dan bekalan yang diberikan ada. Jumlah suntikan 500,000 sehari. Kalau ada tambahan daripada pembekal kita boleh buka untuk mereka yang nak bayar dan tidak mahu tunggu untuk OICK dan perkara ini akan ditentukan JKJAV.

“Penetapan harga siling dibuat untuk mengurangkan bebanan kepada mereka yang membayar bagi mendapatkan vaksin,” katanya dalam Sidang Khas Dewan Rakyat di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan: