Khamis, 8 Julai 2021

Kalau dah namanya ‘King’ jalan raya

Oleh AHMAD SHAHERMAN SHAMSURI
 
Gambar yang memaparkan sebuah Perodua Myvi menggunakan laluan kecemasan di sebuah lebuh raya yang tular di Facebook.

PETALING JAYA – Aksi sebuah kereta Perodua Myvi ataupun digelar ‘King’ dalam kalangan pemandu di negara ini yang menggunakan lorong kecemasan semasa jalan sesak mengundang pelbagai reaksi orang ramai di laman sosial.

Menerusi perkongsian sekeping foto oleh seorang pengguna laman sosial Facebook yang dikenali sebagai Azrulhaqim Jaafar, kelihatan sebuah ‘King’ berwarna perak telah memotong barisan melalui lorong kiri di sebuah lebuh raya.

Menariknya, ketika foto itu dirakam hanya ‘King’ tersebut sahaja yang melalui lorong itu dan semua kenderaan lain tetap beratur mengikut barisan masing-masing termasuklah sebuah kereta ‘supercar’ jenis Lamborghini.

“Lamborghini Huracan pun boleh beratur takkan kau tak boleh,” kata Azrulhaqim pada hantarannya.

Bagaimanapun tiada keterangan lanjut bila gambar itu diambil dan lokasi tepat kejadian tersebut.

Namun, Kosmo! difahamkan kejadian itu dirakam di sebuah kawasan di Lebuh Raya Persekutuan dari arah Kuala Lumpur menghala ke Shah Alam.

Susulan tular gambar berkenaan di Facebook, rata-rata pengguna laman sosial itu telah meninggalkan beberapa komen pada hantaran berkenaan.

“Level Myvi bukan sama dengan lambo, dia King, ni pulak kerbau ja,” tulis Yogan Rajoo.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna yang dikenali sebagai Shukri Mat.

“Tengok model la, ‘King’ kot apa barang beratur, semua dia langgar,” ujarnya -K! ONLINE

Tiada ulasan: